777

Resepi Speghetti Creamy Carbonara

Bahan-bahan :
Sepeket speghatti

Sebatang carrot – di potong dadu
400gm daging cincang
Seulas bawang putih – dicincang
Selabu bawang india – dicincang
1 tin cendawan butang –  di hiris halus
Olive oil
2 sudu butter 
200 ml susu segar
2 biji tomato ranum – di potong dadu


1 tin Prego Cheese and Herbs - boleh ganti dengan 1 sudu teh italian herbs dan 1/2 cawan tepung gandum yang dibancuh bersama 3/4 cawan air


Caranya :
  1. Didihkan air. Masukkan garam, speghatti dan sesudu olive oil.
  2. Setelah speghatti lembut, angkat, tos dan ketepikan.
  3. Masukkan sedikit olive oil dan butter ke dalam periuk.
  4. Masukkan bawang putih dan bawang india. Tunggu bawang layu.
  5. Masukkan daging cincang. Tunggu masak dan kuning ( masak, bukan garing ).
  6. Masukkan susu segar.
  7. Bila susu segar hampir kering, masukkan carrot, mushroom dan tomato segar.
  8. Masukkan Prego Cheese and Herbs dan 3 cawan air atau italian herbs dan bancuhan tepung untuk memekatkan kuah.
  9. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat.

Resepi Ketupat Dakap / Pulut Dakap


Bahan-bahan :
1 pot beras pulut - rendam semalaman
1/2 cawan santan pekat dari 1/2 biji kelapa
1 1/2 sudu teh garam
Daun pisang yang telah dilayur


Caranya :
  1. Kukus pulut hingga tiga suku masak.
  2. Masukkan ke dalam loyang.
  3. Masukkan dan kacau pulut bersama santan bercampur garam.
  4. Jika nak buat ketupat tawar / lemak, terus kukus hingga masak.
  5. Jika nak buat ketupat manis, campurkan gula secukup rasa.
  6. Letak sesudu besar pulut di atas daun pisang.
  7. Leperkan pulut.
  8. Lipat kemas seperti lepat.
  9. Lekap dua bungkus berdakapan dan ikat kemas dengan tali rafia.

Resepi Sate

Bahan-bahan :
Daging ayam / daging
*bahan-bahan di bawah ikut kuantiti daging
*kisar halus semua bahan
Serai 
Kunyit
Bawang besar
Halia
Lengkuas
Jintan manis - disangrai dulu
Jintan putih - disangrai dulu
Ketumbar - disangrai dulu
Garam
Gula 

Caranya :

  1. Perapkan semua bahan di atas dengan daging.
  2. Biar semalaman.
  3. Cucuk daging pada lidi sate.
  4. Bakar.
  5. Semasa membakar, sapukan minyak kuah sate ke atas daging.
  6. Siap :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...