777

Resepi Sayur Masak Lemak

Menu makan malam. Gunakan apa yang ada di dapur :)


Bahan-bahannya :


Sebatang timun jepun
sedikit kubis bunga
sedikit kubis
Lada merah
selabu bawang besar
Segenggam bilis
Santan pekat


Caranya :


Blend bilis dan bawang besar. Didihkan.
Masukkan santan.
Bila santan telah mendidih, masukkan sayuran.
Tambah garam secukup rasa.
Untuk menyerikan lagi, tambahkan sedikit serbuk kunyit.
Angkat :)

Resepi Cupcakes Butter AKA Cupcakes Kosong

Cik abang minta buat kek kosong macam mak dia punya. Tapi, resepinya malu la nak minta dengan mak dia. So, ini untuk projek weekend nanti :D

Kalau jadi buat, ada la gambarnya nanti.

Bahan-bahannya :
100g butter
100g tepung naik sendiri
80g gula caster - saya akan pakai brown sugar
2 biji telur gred B
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara Penyediaan :

Pukul butter dan gula hingga gebu.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

Pukul hingga kembang.
Masukkan dalam cup.
Bakar pada suhu 180 C lebih kurang 15 minit.

Resepi Pankek Mudah Versi Tepung Gandum

Resepi ini, anak bujang suka sangat. Oleh itu, nak try pulak yang ini. 


2 cawan penuh tepung gandum
1 sudu soda bikarbonat - sebab guna tepung gandum1 biji telur - kurangkan
2 sb butter - cairkan dulu
1 1/3 cawan susu segar
2 sb gula perang / madu

Caranya:

1. Gaul sebati semua bahan.
2. Goreng hingga keperangan.



Sangat sedap di makan bersama bersama butter, madu, choc atau jem. Untuk makan begitu sahaja, kena maniskan sikit kot.

Resepi Tumis Petola

Bahan-bahannya :
Sebiji petola - yang muda sedap :)
Sebiji kentang
Sedikit bawang putih
Ikan bilis
Minyak untuk menumis - saya pakai minyak zaitun


Cara Penyediaan :
Cincang bawang putih. Tumis dengan sedikit minyak hingga kekuningan.
Masukkan air dan bilis.
Masukkan kentang yang telah dipotong kecil.
Setelah kentang empuk, masukkan petola dan garam secukup rasa.


Tadaaaa.... menu yang simple tapi sedap :)

Resepi Stim Ikan Siakap Simple

Teringin nak makan ikan siakap stim. Walaupun bahan tak cukup, buat juga. Melepaskan kehendak tekak :)


Bahan-bahannya :
Seekor ikan siakap sederhana besar
Sebatang serai
Sedikit halia
5 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam
2 biji limau kasturi


Sayuran : kubis bunga - ini aja yang ada di dapur


Cara penyediaan :
  1. Perap ikan bersama halia, bawang putih, lada hitam, perahan kasturi dan sedikit garam.
  2. Masukkan sedikit air
  3. Kukus sehingga ikan masak.
  4. Masukkan bunga kubis sehingga masak.
  5. Angkat.
Hidangkan bersama sos / kicap.

Resepi Puyuh Goreng Kunyit





Tiba-tiba ada gambar the making la pulak :) Mood rajin


Bahan-bahannya :
2 ekor puyuh gred A
Sedikit bawang besar
Cili merah
Garam
Kicap
Kunyit


Cara penyediaan :

  1. Cincang puyuh
  2. Perapkan dengan garam dan kunyit
  3. Goreng dengan minyak sederhana hingga garing
  4. Masukkan bawang dan cili.
  5. Letakkan sedikit kicap.
  6. Tunggu hingga bawang dan cili garing.
  7. Siap :)

Resepi Skon Yogurt Berkismis Hitam




Resepi saji online. Nampak mudah dan sedap. Insya Allah nk try :)


Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
80 gm mentega beku - dipotong dadu
1/2 cawan yogurt
1 biji telur - dipukul hingga kembang
1 sudu besar gula kastor
3/4 cawan kismis hitam
Cara Menyediakan:
1. Campurkan tepung dan gula di dalam satu mangkuk.
2. Gunakan hujung jari, gaul dan ramaskan mentega dengan tepung tadi hingga menjadi serbuk roti.
3. Masukkan kismis hitam dan gaul hingga sebati. Setelah itu, campurkan telur yang sudah dipukul bersama yogurt.
4. Gaul perlahan-lahan sehingga doh sebati tetapi jangan sampai melekat.
5. Ambil doh, canai setebal 2 cm dan terapkan acuan bulat atau bibir gelas.
6. Sementara itu panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius.
7. Kemaskan keliling doh yang siap diterap, letakkan di atas dulang pembakar. Rehatkan selama 5 minit. Sapukan mentega di atasnya.
8. Bakar selama 12 minit pada suhu 180 darjah Celsius.

Resepi Roti Keju Ayam



Cilok dari saji online. Memang sedap :)


BAHAN-BAHAN:
4 keping roti
2 keping keju keping
2 sudu besar keju cheddar sagat
100 gm isi ayam (hiris nipis)
1/2 cawan susu segar

CARA MENYEDIAKAN:
1. Isi ayam dilumurkan dengan garam dan dan dilumur dengan sedikit minyak dan masukkan dalam kuali. Biarkan isi ayam masak.
2. Pukul telur dengan susu segar dan rendam roti sekeping demi sekeping.
3. Di atas dulang pembakar lapiskan aluminium foil dan bubuhkan sekeping roti. Di atasnya bubuhkan keju keping, keju cheddar dan ayam.
4. Letakkan lagi keping roti. Bubuhkan ayam saja.
5. Bubuhkan lagi sekeping roti dan bubuhkan keju keping dan keju sagat.
6. Akhir sekali bubuhkan roti.
7. Bakar pada suhu 200oC selama 15 minit.

Resepi Fudge Pisang




BAHAN KEK:
300 gm vanilla sponge mix
4 biji telur
50 ml air
50 ml minyak jagung atau mentega cair
1/2 sudu kecil esen pisang
BAHAN FUDGE:
180 gm gula melaka
1 sudu kecil agar-agar serbuk
1 sudu kecil jeli segera
1/8 sudu kecil garam
200 ml santan pekat
600 ml air
50 gm tepung jagung
BAHAN HIASAN:
3 biji pisang dan potong bulat

CARA MENYEDIAKAN KEK:
1. Pukul kesemua bahan kecuali minyak pada kelajuan tinggi sehingga kembang dan gebu.
2. Setelah gebu, masukkan minyak atau mentega cair dan kaup balik sehingga sebati.

3. Tuangkan ke dalam acuan 8 x 8 dan bakar selama 30 minit.

CARA MENYEDIAKAN FUDGE:
1. Satukan kesemua bahan fudge dan masak sehingga hampir pekat.

2. Potong kek kepada tiga lapis.

3. Sapukan bahan fudge dan susun pisang di atasnya.

4. Letakkan sekeping kek di atas lapisan ini dan ulangi proses sehingga lapisan ketiga.

5. Akhir sekali, sapukan bahan fudge pada keseluruhan kek dan hias dengan kepingan pisang.

Sumber : Saji Online

Resepi Tauhu Goreng Bersos Thousand Island



Bahan-bahan:
6 keping tauhu lembut
200 gm isi ikan - dicincang
100 gm isi udang - dicincang
2 biji telur
4 biji sengkuang cina - dicincang
Tepung salut rangup secukupnya
1 botol sos thousand island
Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan perisa:
1 sudu kecil serbuk kari daging
2-3 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Lenyek tauhu lembut dan satukan dengan isi ikan dan isi udang di dalam mangkuk. Masukkan bahan-bahan perisa, sengkuang cina dan telur, kemudian dikacau hingga sebati sebelum dimasukkan ke dalam loyang empat segi. Ratakan dan kukus selama 15 minit.
2. Setelah masak, sejukkan dan potong perlahan-lahan bentuk empat segi.
3. Bancuh tepung salut rangup dengan air secukupnya, celup kepingan tauhu dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat, tus dan sejukkan, kemudian atur dalam pinggan.
4. Masukkan sos thousand island ke dalam plastik aising, gunting sedikit bahagian hujungnya dan paipkan sos ke atas tauhu.

Sumber : Sajionline

Resepi Ketam Nipah Rebus



Bahan-bahannya :
2 ekor ketam - pakai ketam nipah yang hidup (fresh)
sedikit olive oil utk menumis
½ inci halia
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
sedikit halia

Caranya :
Tumis bawang merah dan bawang putih selepas kekuningan masukan halia dan serai. Masukkan air dan ketam rebus sehingga masak. 

*Note : Simple sangat. Tapi sedap sebab guna ketam fresh. Gambar? Next time. x amik gambar 
Source : Cuba-cuba sendiri

Resepi Penkek Mudah

Bahan-bahannya :
2 cawan penuh tepung serbaguna
2 biji telur
2 sb minyak zaitun
1 1/3 cawan susu segar
2 sb gula perang / madu

Caranya:

1. Gaul sebati semua bahan.
2. Goreng hingga keperangan.

Resepi Puding Caramel




Bahan - Bahannya :
Untuk puding :
10 biji telur ayam 
1 sudu besar tepung jagung 

1 cawan gula 
1 cawan air 

1 sudu makan esen vanila 
1 tin susu cair

Untuk caramel :
½ cawan gula 
4 sudu makan air

Cara-caranya :
Caramel :


  1. Cairkan gula dengan api yang perlahan sehingga warnanya coklat keemasan. 
  2. Masukkan beberapa sudu air, kacau sebati dan padamkan api. 
  3. Curahkan caramel tadi ke dalam loyang. Biarkan seketika supaya kering & menjadi lapisan nipis. 


Puding : 


  1. Blend semua bahan sehingga sebati.
  2. Kukus hingga masak.



Hidang bersama caramel tadi.

Resepi Muffin Pisang


Bahan - bahannya :
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula castor - saya pakai gula perang utk kurang manis
1/2 cawan susu segar
1/3 cawan minyak masak
1 biji telur
8 biji pisang

Cara Penyediaan :
  1. Ayak tepung.
  2. Satukan gula, susu, minyak, telur dan pisang hingga sebati.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit.
  4. Bakar selama 30 minit denga suhu 170 darjah celcius.

Resepi Asparagus Dan Cendawan Bersos Tiram

 Pic : Mr Google

Bahan - bahannya :

Asparagus
Sedikit minyak masak
Bawang putih
Cendawan butang
Cendawan tiram
Sos tiram
Air

Cara Penyediaan :

Tumis bawang putih.
Celur asparagus dan tos.
Masukkan sos tiram, air dan cendawan.
Siram pada asparagus yang telah dicelur tadi.

Resepi Penkek Oat

Bahan - bahannya :

100gm tepung gandum - diayak
1 st serbuk penaik (baking powder) - diayak
50gm oat, dikisar kasar
1/4 st garam
1 sudu makan gula aising2 biji telur
25gm yoghurt
100ml susu cair 
1 susu makan margerin, dicairkan
50gm madu sebagai pelengkap 

Cara penyediaan : 

Campurkan tepung gandum, serbuk penaik, oat, garam dan gula. Ketepikan 

Pukul ringan telur. Masukkan yoghurt, susu cair dan margerin cair.

Tuangkan ke dalam campuran tepung gandum. Biarkan selama 15 minit. 

Masukkan ke dalam acuan. Biarkan setengah masak. Balikkan adunan. Biarkan masak. Guna api perlahan.

Resepi Penkek Mini



Bahan - bahan :

175 gm tepung gandum
Secubit garam
3 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil serbuk penaik
1 biji telur (pukul sebentar)
2 sudu besar mentega (cair)
350 ml susu cair
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan Isian :

Pisang (hiris dan goreng dengan mentega)
Sosej

Cara Menyediakan :

1. Campur tepung, garam, gula pasir dan serbuk penaik. Ketepikan.
2. Campur telur, susu cair dan mentega.
3. Tuang adunan nombor 2 ke adunan nombor 1. Gaul sebati.
4. Tambahkan cuka dan soda bikarbonat.
5. Panaskan acuan, kemudian sapu  dengan mentega.
6. Tuang adunan ke dalamnya, biarkan sampai naik dan bersarang.
7. Taburkan isian di atasnya, kemudian tutup acuan.
8. Bakar hingga masak.
Source : Saji Online

Petua Mudah Mengupas Kulit Kentang

Petua ni, dapat dari internet. Tapi, saya was-was la untuk guna. Memang senang la nak mengupas kentang, tapi, mungkinkah terhakis semua vitamin yang larut air dengan cara begini? Saya share kan sahaja ok? Kalau ada mereka yang lebih arif pasal ni, kongsikan lah :)

Rendam kentang dengan air garam pada sebelam malam. Esoknya, kulit kentang boleh dikupas dengan mudah menggunakan tangan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...