777

Showing posts with label resepi telur. Show all posts
Showing posts with label resepi telur. Show all posts

Resepi Telur Bulat Masak Kicap Mudah


Resepi ringkas yang sekali-sekala di makan memang sedap! Tak percaya? Sedap tau telur bulat masak kicap!


Bahan-bahannya : 

4 biji telur rebus - buang kulitnya
2 biji bawang besar - di hiris dan dileraikan
2 tangkai cili merah - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk 
1 inci halia - dihiris
1 sudu cili giling
Daun sup
Kicap manis
Garam
Lada sulah
Bawang goreng


Caranya :

  1. Tumis bahan hiris.
  2. Tumiskan cili giling.
  3. Campurkan 3 sudu besar kicap manis, garam dan lada sulah.
  4. Masukkan telur rebus.
  5. Campurkan sedikit air dan biarkan mengelegak sebentar.
  6. Angkat dan taburkan daun sup dan bawang goreng.

Kadang-kadang, menu ringkas macam ni boleh jadi pembuka selera. Syaratnya, makan la dengan nasi panas. Jika makan dengan nasi sejuk, nanti tak sedap pula!

Selamat mencuba!

Egg Benedict Sedap


Ini memang la menu breakfast yang mengenyangkan. Kenyang! Memang sarapan tinggi protein! Mana taknya, telur dua biji, beef bacon, dan roti gandum penuh. Kenyang dan menyihatkan!



Nampak tak kuning telur yang meleleh tu? Wahhh.... terliur kan? Sedap sangat!

Sesekali melayan tekak dengan menu western sangat-sangat menggembirakan! Benarlah kata pepatah,

gendang dendut tali kecapi,
kenyang perut suka hati!

Walaupun makan di restoran, saya share kan resepi ye. Resepinya saya ikut yang masterchef session dulu. Lupa dah session mana :)

Bahan-bahannya :
Telur ayam
Cuka
Air

Caranya :
  1. Panaskan air di dalam kuali hingga mendidih.
  2. Masukkan sedikit cuka.
  3. Putar tengah kuali dengan pemukul telur.
  4. Pecahkan telur ke dalam bekas.
  5. Masukkan telur ke dalam kuali perlahan-lahan.
  6. Matikan api dapur.
  7. Biar 4 minit, angkat!


Senang aje kan! Yang pentingnya... kuning telur mestilah masih cair. Lepas tu, ikut suka la nak makan dan hias dengan apa. Kat kedai ni, menu ni dipanggil egg benedict. Tapi world wide, namanya posh egg!

Selamat mencuba!

Saya dah try! Cabarannya memang pada kuning telur. Kalau kuning telur tu masak, maknanya fail! Sila cuba lagi.

Sedap!

Resepi Salad Telur

Resepi mudah dan sedap. Credit to hanamemories.


Bahan-bahan :
Telur - rebus, belah dua
Salad
Timun dan tomato - hiris nipis
Sos cili / tomato
Mayonis


Caranya :

  1. Susun salad, timun, tomato dan telur.
  2. Tuangkan sos dan mayonis.
  3. Siap!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...