Anda suka kan makanan Korea? Jika ya, anda patut mencuba makan di Dubu Yo. Kedai ini di antara kedai makanan Korea yang patut anda cuba.
Masuk sini dan tak tahu apa nak order? Buka menu dan tanyakan sahaja kepada waiter. Insya Allah kita Akan mendapat gambaran apa yang Akan dihidang kan.
Tak pun... Poster macam ni mesti Ada dipamerkan di luar restoran. Nampak sedap!
Keadaan restoran lengang semasa kami sampai. Ok! Boleh pilih mana nak duduk :)
Anak bujang dah tak sabar nak order!
Menu pilihan kami?
Meh nak cerita. Nasi tu add on. Warna purple. Siapa biasa makan beras perang? Macam tu la rasa Dan rupanya. Kontot-kontot gemuk-gemuk. Bukan macam beras basmati yang hensem kurus Dan tinggi lampai. Siapa tak biasa makan beras perang, tak suka kot ;p
Yang dalam tray tiga serangkai tu boleh refill Kalau nak. Haaaa... Ada tauge, Sayur jeruk Dan pasta. Kami refill pasta.si comel suka makan.
Sup Tu pula, kami pilih sup seafood : Ada dua ekor udang sederhana besar, 3 kepah, sedikit potongan sotong Dan tauhu lembut. Sedap!
Dessert adalah tau foo far sejuk.
Apa Ada dalam bowl besar Tu? Haaaa... Daging goreng berbawang. Atasnya Ada telur mata.
Tambah Korean pancake. Yummmm! Sedap!