Followers

Resepi Sagu Gula Melaka

*abaikan presentation yang hampeh ini :)


Bahan-bahan :
1/2 cawan sagu
2 liter air 
1 keping nisan / gula melaka
1/4 cawan air
Daun pandan - siat-siat & simpulkan
1 cawan susu sejat - *serius kalo guna santan lagi sedap :(


Caranya :
  1. Cuci bersih sagu dan rendam sebentar.
  2. Didihkan air, masukkan sagu.
  3. Masak hingga warna sagu menjadi jernih.
  4. Toskan sagu dan cuci untuk membuang lebihan kanji.
  5. Masukkan dalam bekas / acuan. Simpan dalam peti sejuk.
  6. Masak nisan bersama air dan daun pandan.
  7. Setelah larut dan pekat, tapis dan ketepikan.
  8. Didihkan susu bersama sedikit garam. Ketepikan.
  9. Hidangkan sagu bersama susu dan gula melaka. 
  10. Lebih sedap jika campur air batu :)

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...