777

Resepi Tiramisu Simple

Resepi tiramisu mudah. Ambil dari sini.


Bahan-bahan :
1/2 buttercup - biar lembut pada suhu bilik
1 cawan susu pekat
250g cheese - philadelphia - biar lembut pada suhu bilik
Biskut marrie
Nescafe 3 in 1
Milo
Air suam


Caranya :

  1. Cairkan buttercup dengan api perlahan.
  2. Tutup api, masukkan susu pekat. Gaul rata.
  3. Masukkan cheese. Gaul hingga sebati.
  4. Jika adunan terlalu manis, tambah sedikit air suam. Bancuhan mesti kental. Jangan cair.
  5. Bancuh air nescafe, tuang sedikit ke dalam adunan.
  6. Celup biskut merry ke dalam air nescafe dan susun di dalam bekas.
  7. Ratakan adunan di atas biskut.
  8. Selang selikan biskut dengan adunan.
  9. Tabur milo sebagai topping.
  10. Masukkan ke dalam peti ais sehingga keras.
  11. Sedia untuk dimakan.

Resepi Sup Ekor Chef Wan

Bahan-bahan :
500g ekor lembu
Minyak sayuran 
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar jintan putih - x letak
1 sudu besar jintan manis - x letak
1 1/2 sudu tomato puri - ganti dengan sos tomato
6 cawan air
Carrot - dipotong kasar
Ubi kentang - dipotong kasar
2 batang saderi - x letak
Garam
Lada hitam - baru dikisar
Daun ketumbar - ganti dengan daun bawang
Bawang goreng


Rempah tumis :
4 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang


Bahan Kisar :
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 cm halia


Caranya :
Tumis ekor lembu hingga perang. Angkat, ketepikan.
Guna minyak yang sama, tumis rempah tumis dan bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
Masukkan ketumbar, jintan putih, jintan manis dan kacau atas api hingga wangi.
Masukkan tomato puri.
Masukkan ekor.
Masukkan air.
Masukkan carrot, ubi kentang dan saderi.
Renih selama 1 jam 45 minit sehingga ekor lembu empuk.
Sesuaikan rasa dengan garam dan lada hitam.
Hias dengan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidang.


* sedap juga ditambah sedikit cili potong untuk sedikit pedas

Resepi Serati Gulai Darat


BAHAN-BAHAN:
1 ekor itik serati (potong kecil)
1/2 kg santan
2 sudu besar ketumbar (sangai dan kisar)
8 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
3 cm lengkuas (kisar)
100 gm kerisik (kisar)
7 tangkai cili kering (kisar)
2 keping asam gelugur
2 cm kunyit hidup (kisar)
2 tangkai cili hijau
Sedikit gula melaka dan garam

CARA MENYEDIAKAN:
1. Gaulkan bahan kisar pada daging itik yang dipotong.
2. Masukkan dalam kuali dan biarkan ia di atas api yang sederhana sehingga daging itik kecut.
3. Kemudian tuangkan santan dan masukkan  asam keping, garam dan gula melaka.
4. Biarkan santan mendidih dan daging itik tadi empuk.
5. Sebelum diangkat, masukkan cili hijau sebagai hiasan dan siap untuk dihidangkan.
Sumber : SajiOnline

Resepi Itik Pulang Petang

Hahaha... ini juga hasil google resepi itik. Tapi, hanya pada nama :D


Bahan-bahan:
6 biji telur - direbus keras
1 biji kentang - direbus hingga empuk
1 sudu besar mayonis
3 sudu besar isi ikan tuna (dalam tin)
1/4 tangkai cili merah - dicincang halus
1 tangkai daun bawang - dihiris halus
1 tangkai daun saderi - dihiris halus
1/4 batang lobah merah - dipotong nipis bentuk kepala itik
1/4 biji timum dibentuk nipis bentuk ekor
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
24 kuntum bunga cengkih
Cara Menyediakan:
1. Telur rebus dibelah dua kemudian dikeluarkan kuningnya.
2. Lecekkan kuning telur bersama-sama ubi kentang rebus dan isi ikan tuna sebelum digaul hingga rata dengan mayonis, cili merah, daun bawang, daun saderi, garam dan serbuk lada sulah.
3. Masukkan sesudu besar campuran kuning telur ke dalam putih telur kemudian hiaskan seperti itik dengan menggunakan hirisan lobak merah sebagai kepala dan hirisan timun sebagai ekor. Cucukkan bunga cengkih di sebelah kiri dan kanan lobak merah untuk dijadikan mata.
Sumber : SajiOnline

Resepi Itik Masak Halia

Terpengaruh dengan Malaysian Masterchef.... :D


Google2 resepi itik, jumpa la ini....

Bahan-bahan:
1 ekor itik - potong kecil
30 gm halia muda - hiris nipis
Bahan-bahan A:
5 ulas bawang putih - tumbuk halus
3 ulas bawang merah - tumbuk halus
1 1/2 sudu besar kacang hitam jeruk - tumbuk halus
3 sudu besar kacang pis
1 sudu kecil serbuk rempah
2 sudu kecil minyak bijan
4 sudu besar minyak jagung
Bahan-bahan Perisa:
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar tepung jagung - dicampur dengan sedikit air
Cara Menyediakan:
1. Daging itik digoreng tanpa minyak hingga berubah warna.
2. Panaskan empat sudu besar minyak dan masukkan halia muda dan juga bahan-bahan tumbuk, kacang pis, serbuk rempah dan minyak bijan. Kacau sehingga berbau harum dan masukkan daging itik. Goreng selama 10 minit.
3. Masukkan air secukupnya dan biarkan hingga mendidih. Kecilkan api dan renehkan selama 40-45 minit sehingga daging lembut.
4. Masukkan bahan-bahan perisa. Kacau hingga rata dan tuangkan air tepung jagung. Kacau dan angkat. Hidang panas-panas.
Sumber : SajiOnline

Resepi Kek Gula Hangus

Bahan-bahan :
3/4 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum - ayak
3/4 cawan susu pekat manis
2 sudu teh soda bikarbonat - ayak
4 biji telur
2 sudu besar butter


Caranya :

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air panas dan kacau hingga cair ( hati-hati, gula akan memercik ).
  3. Masukkan butter, kacau dan sejukkan.
  4. Pukul telur hingga kembang.
  5. Masukkan susu pekat dan kacau manis.
  6. Masukkan tepung dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit ke dalam telur.
  7. Masukkan gula hangus. Kacau rata.
  8. Perap adunan 2-3 jam.
  9. Panaskan oven 160 - 180 C dan bakar 45 - 1 jam. 

Resepi asal : Ummi.

Resepi Kuih Bakar

Bahan-bahan :
1/2 cawan jus pandan - dalam 10 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
3 biji telur
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan brown sugar
1/4 sudu teh garam
Bijan untuk hiasan


Caranya :

  1. Blend semua bahan ( kecuali bijan ).
  2. Masukkan dalam acuan pembakar ( yang bulat berlubang tu).
  3. Tabur bijan.
  4. Bakar atas dapur dengan api perlahan dalam 40 minit ( cucuk dengan lidi untuk tau dah masak atau belum ).



p/s : acuan tu, kena pusing-pusingkan. Takut pembakaran tak rata,

Petua Bawang Dikupas Tahan LebihLama

Pic Mr Google
Bawang yang sudah dikupas boleh tahan lama. Caranya, kupas bawang. Terus simpan dalam peti sejuk. Jangan basuh. Bila nak guna baru boleh basuh.

Resepi Koktel Buah Simple

Bahan-bahan :
1 tin buah-buahan koktel
1 tin susu cair
Air batu
1 cawan air masak


Caranya :

  1. Satukan sahaja semua bahan.
  2. Siap :)

Resepi asal : myresepi

Resepi Kailan Goreng Udang

Bahan - bahan :
Kailan
Udang
4 ulas bawang putih - ditumbuk
2 ulas bawang merah - ditumbuk
Garam


Caranya :

  1. Tumis bawang.
  2. Masukkan udang.
  3. Masukkan sedikit air - agak-agak basah sahaja
  4. Perasakan dengan garam.
  5. Masukkan kailan.
  6. Agak-agak kailan layu, angkat.
  7. Siap :)

Resepi Pak Choy Tumis Air

Bahan-bahannya :
Pak choy
Carrot - dihiris
4 ulas bawang putih - dicincang
2 ulas bawang merah - dicincang
Sejemput ikan bilis
Garam
Air


Caranya :

  1. Tumis bawang.
  2. Masukkan air dan ikan bilis.
  3. Biar seketika.
  4. Masukkan carrot.
  5. Masukkan pak choy.
  6. Sesuaikan rasa dengan garam
  7. Siap :)

Resepi Lepat Ubi

Bahan-bahan :
1 kg ubi kayu
2 sudu besar kelapa parut
3 sudu besar gula merah
2 sudu besar gula pasir
Secubit garam
Daun pisang - dilayur secukupnya


Caranya :
  1. Ubi kayu diparut.
  2. Perah parutan ubi kayu guna kain. Buang airnya.
  3. Satukan semua bahan. Gaul rata.
  4. Sudukan dalam daun pisng, lipat seperti biasa.
  5. Kukus 1/2 jam.
  6. Siap :)
Resepi asal : rinnchan

Resepi Lada Jeruk

Bahan-bahan :
Lada hijau secukupnya
Cuka apple


Caranya :

  1. Potong lada hijau.
  2. Masukkan dalam bekas.
  3. Tuang cuka apple secukupnya.
  4. Simpan dalam peti sejuk.
  5. Siap :)
*cili jeruk ini sangat masam. Untuk kurangkan masam, boleh campur sedikit garam dan gula

Resepi Lassi Mangga

Bahan-bahan : 
3 biji mangga
Susu segar
4 cup calsiyam anggur
Sesudu brown sugar
Sedikit ais


Caranya :

  1. Kupas mangga. Asingkan biji.
  2. Blend semua bahan di atas.
  3. Siap :)



Sedap dan menyegarkan :)

Resepi Ayam Kukus

Bahan-bahan :
4 ketul ayam
1 inci halia - ditumbuk
Sedikit lada hitam - ditumbuk
2 batang serai - dititik
6 ulas bawang merah - ditumbuk
Sedikit jus lemon
Garam
Air
Kicap
Carrot - dihiris
Tomato - dibelah 4


Caranya :

  1. Perap ayam dengan bahan tumbuk, serai, lemon, kicap dan garam.
  2. Masukkan sedikit air.
  3. Kukus ayam hingga hampir masak.
  4. Masukkan carrot dan tomato.
  5. Kukus hingga ayam masak.
  6. Siap :)


Resepi Sotong Masak Kicap

Bahan-bahan :
5 ekor sotong putih
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 labu bawang besar - dihiris
Serai - dititik
Sedikit lada hitam
Sedikit cili padi - diketuk
Kicap 
Air
Garam - jika perlu
Halia - ditumbuk
Tomato ceri
Carrot - dihiris
Lada merah - dihiris


Caranya :

  1. Tumis bahan tumbuk, serai, lada hitam dan cili padi.
  2. Masukkan air dan kicap.
  3. Masukkan sayur-sayuran dan bawang besar.
  4. Masukkan sotong.
  5. Sesuaikan rasa dengan garam ( jika perlu ).
  6. Siap :)

Resepi Nasi Goreng Daging

Bahan-bahan :
Segenggam daging - dipotong kecil ( perap dengan bahan bertanda * )
2 ulas bawang merah - ditumbuk 
2 ulas bawang putih - ditumbuk - utk nasi
4 ulas bawang putih - ditumbuk * - utk perap daging
Seinci halia - ditumbuk *
Sebatang serai - ditumbuk *
Garam - ditumbuk *
Sedikit carrot - dihiris panjang
Lada merah - dihiris
Kacang panjang - dihiris  
Sedikit kobis - dihiris
Sebiji telur
Sehiris lemon


Caranya :

  1. Goreng daging yang telah diperap. Ketepikan.
  2. Tumis bawang hingga wangi.
  3. Masukkan daging goreng.
  4. Perahkan lemon. Masukkan garam.
  5. Pecahkan telur.
  6. Masukkan sayuran.
  7. Masukkan nasi.
  8. Kacau sebati.
  9. Sesuaikan rasa dengan garam.
  10. Siap :)

Resepi Kek Black Forest

Bahan-bahan :
120 gm gula kastor
100 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
4 biji telur
10 gm ovalette
20 gm air
Esen vanilla
20 ml minyak jagung


Hiasan :
Nondiary whipping cream
Jem blueberry
Ceri merah
Chocolate rice


Caranya :

  1. Campurkan semua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan tinggi selama 10 - 15 minit.
  2. Perlahankan putaran. 
  3. Masukkan minyak.
  4. Griskan loyang. MAsukkan adunan dan bakar selama 30-35 minit.
  5. Sejukkan kek. Potong 2 lapisan. Sapu krim dan letakkan beri.
  6. Naikkan kek atas lapisan yang telah disapu krim dan sapu semua bahagian kek dengan krim.
  7. Hias ikut citarasa.



Sumber : MyResepi

Resepi Taugeh Goreng Udang

Bahan-bahan :
Taugeh
Kucai
2 keping tauhu - goreng dan hiris kasar
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
Udang
Garam


Caranya :

  1. Tumis bawang.
  2. Masukkan tauhu dan udang.
  3. Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan kucai dan taugeh.
  5. Sesuaikan rasa dengan garam.
  6.  Siap :)

Resepi Ketam Masak Lemak

Bahan-bahan :
Ketam besar - dibersih dan diketuk untuk mudah makan
6 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
3 biji lada merah - dikisar
Sedikit kunyit hidup - dikisar
Sehiris lengkuas - dikisar
Daun kunyit
Santan
Garam


Caranya :

  1. Jerang ketam dan bahan kisar.
  2. Masukkan asam keping dan santan.
  3. Masukkan daun kunyit.
  4. Sesuaikan rasa dengan garam.
  5. Setelah mendidih, angkat.

Petua Apabila Menggunakan Kuali Baru

Jika menggunakan kuali baru, kadang kala apabila menggoreng, masakan akan lekat di kuali. Untuk mengatasinya, masukkan air bercampur cuka ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana hingga air mendidih. Tutup api. Setelah sejuk basuh dan bolehlah digunakan seperti biasa.

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan :
Ayam
5 biji lada kering - dikisar
1 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
Sedikit halia - dikisar
Sedikit kunyit - dikisar
Sedikit tomato puree
Garam
Lada merah - dihiris
Tomato - dibelah 4

Caranya :
  1. Perap ayam bersama garam, kunyit dan halia.
  2. Goreng hingga masak - cukup setakat masak. Jangan garing.
  3. Tumis bahan kisar hingga wangi.
  4. Masukkan tomato puree, tomato dan lada merah. Tumis hingga naik minyak.
  5. Masukkan ayam.
  6. Sesuaikan rasa dengan garam.
  7. Siap :)

Resepi Nasi Lemak

Bahan-bahan :
Beras
Santan
Halia - ditumbuk
Bawang merah - ditumbuk
2 batang serai - dititik
Daun pandan - disiat dan disimpul
Garam


Caranya :

  1. Basuh beras.
  2. Masukkan air dan santan - mengikut jenis beras masing-masing.
  3. Masukkan bahan tumbuk, serai, daun pandan, bawang dan garam.
  4. Masak dalam rice cooker.
  5. Agak-agak nak masak, kacau perlahan nasi untuk meratakan santan.
  6. Siap.

Makan bersama sambal ikan bilis, sambal sotong, sambal kerang, sambal telur , puyuh goreng kunyit atau apa-apa lauk kesukaan anda :)

Resepi Sambal Sotong

Bahan-bahan :
Sotong
1 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
Sedikit halia - ditumbuk
10 tangkai lada kering - dibuang biji, kisar dan rebus
Asam keping
Garam 
Gula


Caranya :

  1. Tumis lada kering hingga masak.
  2. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. 
  3. Masukkan bawang kisar.
  4. Masukkan asam keping.
  5. Masukkan sotong.
  6. Masukkan air jika sambal kering.
  7. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
  8. Siap :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...