Resepi Popia Goreng

Petang-petang macam ni, enak juga jika makan popia goreng. Dah la sedap, mudah pula nak disediakan, sedap pula tu. Boleh disediakan banyak, Simpan dalam freezer. Bila perlu, goreng sahaja.



Popia ni, inti dia simple sahaja. Sayuran dan sedikit ayam. Sebenarnya, inti popia boleh dipelbagaikan. Terpulang kepada selera masing-masing. 

Pernah juga makan popia inti bihun goreng. Sedap!

Bahan-bahan :
Kulit popia - beli aje
Carrot, sengkuang, kubis - sedikit sahaja
Isi ayam
Bawang besar - potong dadu

Caranya :
  1. Tumis bawang hingga wangi
  2. Masukkan hirisan isi ayam.
  3. Masukkan sayur-sayuran.
  4. Masukkan garam.
  5. Siap inti.
  6. Ambil klit popia, bungkuskan inti. 

Gam dengan sedikit air. Pastikan gulungan popia dibuat ketat supaya tidak masuk minyak apabila digoreng.

Resepi Cek Mek



Siapa kenal kuih di atas? Inilah kuih cek mek dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Sedap sangat. Kuihnya simple sangat. Macam tu lah juga dengan bahan-bahannya. Senang tapi sedap!

Cara membuatnya, boleh lihat di sini. Cuma kali ini, tepungnya dikurangkan sedikit. Gula juga digantikan dengan brown sugar. Lebih sihat la kononnya :)

Yang di atas tu, belum digoreng lagi. Di bawah ni, fresh from kuali.


Nampak tak gulanya meleleh keluar? Sedap juga bila gunakan brown sugar.


Resepi Labu Masak Lemak Kuning

Labu masak lemak. Simple dan sedap. Matchingkan pulak dengan ayam goreng berempah dan ikan pekasam, pasti kick! Tapi, labu masak lemak ini kosong sahaja. Jika ada bayam atau pucuk ubi sikit di dalamnya, lagi sedap! Tapi, berhati-hatilah bagi yang tak tahan. Gabungan labu dan pucuk ubi sangat lah berangin.



Menu yang senang macam ni, kalau kena gabungan lauknya, makan pula dengan nasi panas, rasanya bertambah-tambah la... Tengok pulak yang dimasak ni, tak sesuai untuk kesihatan - sengaja masak santan pekat. Heheh.. sesekali apa salahnya :)

La... ingatkan ada resepi ayam goreng dalam ni, tak de rupanya. 

Bahannya :
1/4 biji labu - keluarga kecil
2 labu bawang besar - blender
segenggam ikan bilis - blender
sedikit serbuk kunyit - untuk warna kuning
sedikit santan - ikut nak pekat mana
Seulas lada - blender
Air
Garam
Sedikit lada hitam

Caranya :
  1. Rebus semua bahan.
  2. Setelah labu empuk, masukkan serbuk kunyit, garam dan santan.
  3. Tunggu mendidih, angkat dan sedia dihidangkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...