777

Resepi Kek Coklat Cheese Kukus

Lamanya blog tidak di update. Tuan rumah agak kemalasan nak mengupdate resepi. Bukannya apa, sibuk mengadap blog yang ini.


Akibat tidak dialas kertas minyak, susah la sikit nak keluarkan. Kalau tak mesti cantik :)

Resepi asal diambil dari izzahdaut.blogspot.com. Maaflah, nama resepi pun diubah sikit. Jangan marah ye akak. Cuma, biasalah ada menukar-nukar resepi sikit. Ikut kesesuaian. Resepi asal, sila terjah Izzahdaut.

Resepi ni mudah dan sedap. Buat bersama anak bujang.
Bahan A
  1. 280 gm cream cheese - philidephia la sedap kan? *resepi asal 250 gm
  2. 60 gm gula perang
  3. 1 biji telur - gred AA
  4. 30 ml air *resepi asal 25 ml
  5. 1 sb tepung gandum


Caranya :
  1. Pukul cream cheese bersama gula.
  2. Masukkan telur, air, tepung gandum.
  3. Ketepikan.


Bahan B ( Kek Coklat )
  1. 2 biji telur - gred AA
  2. 3/4 cawan gula perang - next time saya nak try buat 1/2 cawan
  3. 1 sk esen vanilla
  4. 2 sb serbuk koko
  5. Sedikit garam
  6. 1/2 cawan air panas mendidih
  7. 1/2 cawan susu cair
  8. 1/2 cawan minyak masak
  9. 1/2 cawan tepung gandum*
  10. 1 sk baking soda*
  11. 1/2 sk baking powder*
  12. *ayak bersama


Caranya :
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan esen vanilla, koko dan garam.
  3. Masukkan air panas, susu dan minyak.
  4. Masukkan tepung gandum, baking soda dan baking powder.
  5. Biarkan sebentar.
  6. Bahagikan kepada dua bahagian.


Cara memasak :
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutup.
  2. Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dengan kertas minyak -- kertas minyak xde...
  3. Letak adunan coklat. Kukus selama 15 minit.
  4. Tuang adunan cream cheese di atasnya dan kukus selama 15 minit.
  5. Tuang adunan coklat sehingga habis dan kukus selama 20 minit.
  6. Sejukkan dan sedia di hidang.

13 comments:

  1. Sedap! Kejap je licin. Makan berdua jer

    ReplyDelete
  2. i'v been taste this kek kukus. sedapppppppppp!

    ReplyDelete
  3. sedap sangat kek ni kan. mmg terbaik..

    ReplyDelete
  4. X puas makan. Satu adunan ni, tahan sehari je. Buat pgi, magrib dh habis.

    Nk wat lg weekend ni. Kurangkn gula sikit lg. Sedap!

    ReplyDelete
  5. X puas makan. Satu adunan ni, tahan sehari je. Buat pgi, magrib dh habis.

    Nk wat lg weekend ni. Kurangkn gula sikit lg. Sedap!

    ReplyDelete
  6. salam nak tanya... 1 sb= 1 sudu besarkan... maksudnya sudu makan tu ka?

    ReplyDelete
  7. nampak macam sedap..testimoni semua puji sedap...nak kena try buat jugak nih....

    ReplyDelete
  8. Slam....Kalu guna tepung blue key bleh x.....dn brapa sukatan nyer....thnx

    ReplyDelete
  9. salam... resepi kek ni guna loyang saiz brpe ekkk ??

    ReplyDelete
  10. salam... resepi kek ni guna loyang saiz brpe ekkk ??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...