777

Resepi Muffin Yogurt - Mangga

Sedap! Muffin yogurt ni di buat semalam. Dibuat bersama kek gula hangus dan karipap. Memandangkan kek gula hangus dan karipap adalah menu ulang tayang, malas la pulak nak snap. 




Resepi ini diambil dari izahdaut. Sedap! Anak bujang ada majlis di nursery. Kalau diberitahu awal, boleh la mama beli buah aje -- edisi malas. Tapi, disebabkan diberitahu last minute, puas la mem browse di alam maya. Cari-cari resepi yang mudah, tanpa perlu ke kedai mencari bahan. 

Heeee....

Bahan-bahannya :
120gm tepung
70 gm gula kastor - saya pakai 30gm gula perang
1 tsp baking soda
1/4 tsp garam
150gm yogurt - saya pakai 135gm yogurt mangga = 1 bekas yogurt kecil
1 biji telur
50gm minyak sayuran
1 tsp esen vanilla
Filling - ikut suka. Saya letak blueberry jam

Caranya :
  1. Panaskan oven ke 180 C
  2. Campurkan semua bahan kering. Ketepikan.
  3. Sebatikan semua bahan basah kecuali filling.
  4. Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau perlahan sekadar bahan bersatu.
  5. Masukkan choc chip.
  6. Isi ke dalam muffin cup sedikit. Masukkan filling dan isi lagi adunan sehingga 3/4 cup penuh.
  7. Bakar 20 - 35 minit bergantung pada oven masing-masing.
Sedap! Resepi ni memang gebu dan sedap. Niat asal untuk dibawa ke nursery, nampaknya tak kesampaian. Selamat di makan. So, anak bujang hanya membawa karipap sahaja la :) Adunan ni, saya cuma dapat 8 cup. Bubuh terlebih...

Resepi Kek Coklat Cheese Kukus

Lamanya blog tidak di update. Tuan rumah agak kemalasan nak mengupdate resepi. Bukannya apa, sibuk mengadap blog yang ini.


Akibat tidak dialas kertas minyak, susah la sikit nak keluarkan. Kalau tak mesti cantik :)

Resepi asal diambil dari izzahdaut.blogspot.com. Maaflah, nama resepi pun diubah sikit. Jangan marah ye akak. Cuma, biasalah ada menukar-nukar resepi sikit. Ikut kesesuaian. Resepi asal, sila terjah Izzahdaut.

Resepi ni mudah dan sedap. Buat bersama anak bujang.
Bahan A
  1. 280 gm cream cheese - philidephia la sedap kan? *resepi asal 250 gm
  2. 60 gm gula perang
  3. 1 biji telur - gred AA
  4. 30 ml air *resepi asal 25 ml
  5. 1 sb tepung gandum


Caranya :
  1. Pukul cream cheese bersama gula.
  2. Masukkan telur, air, tepung gandum.
  3. Ketepikan.


Bahan B ( Kek Coklat )
  1. 2 biji telur - gred AA
  2. 3/4 cawan gula perang - next time saya nak try buat 1/2 cawan
  3. 1 sk esen vanilla
  4. 2 sb serbuk koko
  5. Sedikit garam
  6. 1/2 cawan air panas mendidih
  7. 1/2 cawan susu cair
  8. 1/2 cawan minyak masak
  9. 1/2 cawan tepung gandum*
  10. 1 sk baking soda*
  11. 1/2 sk baking powder*
  12. *ayak bersama


Caranya :
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan esen vanilla, koko dan garam.
  3. Masukkan air panas, susu dan minyak.
  4. Masukkan tepung gandum, baking soda dan baking powder.
  5. Biarkan sebentar.
  6. Bahagikan kepada dua bahagian.


Cara memasak :
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutup.
  2. Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dengan kertas minyak -- kertas minyak xde...
  3. Letak adunan coklat. Kukus selama 15 minit.
  4. Tuang adunan cream cheese di atasnya dan kukus selama 15 minit.
  5. Tuang adunan coklat sehingga habis dan kukus selama 20 minit.
  6. Sejukkan dan sedia di hidang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...