777

Resepi Sambal Kentang Rangup


Siapa suka makan sambal kentang? Bayangkan makan dengan nasi panas-panas! Wahhhh!!! Terangkat! Jika sambal kentang buatan sendiri, kita yang tentu kan banyak mana nak letak sambal nya, kentangnya, bilisnya. Ada orang suka tempe, boleh masuk kan Tempe. Tahap pedas, masam, manis pun kita boleh kawal. Dah namanya sendiri bikin kan? Lain la Kalau beli.... Haaaa... Redha je la apa rasa. Nak sedap ikut taste kita, boleh la Cuba-Cuba order. Itu pun belum tentu memenuhi citarasa.


Jom Cuba masak!

5 ketul potato - Hiris nipis, rendam di dalam air garam selama dua jam. Kan kita nak potato tu rangup....

Goreng potato Tu garing
Goreng segenggam Ikan bilis garing
Ketepikan.

Yang di bawah ni bahan untuk dikisar.
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2" halia
2 sudu makan cili giling


Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga cili masak. Perasakan dengan garam Dan gula. Tutup api Dan tunggu sambal sejuk. Setelah sejuk, masuk kan potato Dan bilis yang telah di goreng tadi. Siap untuk dimakan!

Mudah kan? Perlukan sedikit kerajinan sahaja untuk menyediakan Juadah enak  berbuka puasa. 

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...