777

Resepi Roti Coklat

Roti ni, saya pakai resepi donut. Cuma, bentuknya di buat bulat-bulat dan diletakkan inti coklat :D


Bahan-bahannya :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil dry instant yis - saya pakai mauripan
Secubit garam
Sesudu susu - susu segar / susu tepung / susu pekat - untuk lembutkan doh
Sebiji telur
1/5 cawan butter
Minyak untuk menggoreng
Sedikit air suam

Coklat cip / coklat bar


Caranya :

  1. Bancuh garam dalam air.
  2. Satukan tepung, yis, butter dan susu.
  3. Masukkan telur.
  4. Uli lembut. Ketepikan hingga doh naik 2 kali ganda.
  5. Uli lembut dan bentukkan bulat.
  6. Masukkan coklat di tengah-tengah.
  7. Tunggu hingga doh naik cantik, goreng.
  8. Siap!

2 comments:

  1. boleh letak coklat, sardin atau sambal ikut suka kan chef?

    ReplyDelete
  2. @citarasa ramai : apa pun boleh letak. Ahhahahaha... kelakar bila kena panggil chef

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...