Followers

Resepi Ikan Bawal Sweet Sour



Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal
garam, kunyit dan bawang putih - tumbuk

Bahan untuk sos: 
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air
1 biji tomato - potong dadu

1/2 batang carrot - potong dadu
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa - saya letak madu
minyak

Cara: 

  1. Perap ikan dengan garam, kunyit dan bawang putih.
  2. Goreng hingga masak. Ketepikan.
  3. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. 
  4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendidih. 
  5. Masukkan cili potong, garam dan madu. 
  6. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan bawal yang telah digoreng tadi. 
  7. Hiaskan dengan daun sup & bawang.

2 comments:

  1. hari tu i makan kat umah akak i, sedapppp :)
    agaknya macam nilah dia masak :P

    ReplyDelete
  2. @citarasa ramai : bestnya ada akak :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...