Followers

Resepi Lasagna Mudah

Resepi dan pics dari Kaseh Nazlieza. Memang favourite la lasagna ni. Nampak menggiurkan. Pandai dia masak. Nak try :)


Lasagna

Kepingan lasagna
Keju parut - cheddar

Sos Merah

Daging cincang 
Tomato puri 
Sos cili
Bawang besar - dipotong dadu
Bawang putih - dicincang
Tomato buah - potong kecil
Carrot - potong dadu ( opt. ikut le sayur apa nak letak - kacang pea, cendawan butang etc.)
Serbuk lada hitam
Sedikit garam
Minyak zaitun utk menumis 


Caranya :1. Tumis bawang hingga agak layu, masukkan daging cincang
2. Bila daging agak masak, masukkan tomato puri dan sos cili, kacau sebentar
3. Masukkan sayur yg disukai dan potongan buah tomato
4. Perasakan dgn sedikit garam dan serbuk lada hitam...angkat, ketepikan

Sos Putih

Butter
Tepung Gandum - bancuh dgn sedikit air
Susu segar
Four Cheese Pasta Sauce -takde leh guna cream mushroom pasta sauce/mushroom cream soup
Garam
Serbuk lada hitam


Caranya :1. Panaskan butter hingga cair, masukkan bancuhan tepung gandum, kacau dan pastikan tepung tidak bergentel
2. Masukkan susu segar, kacau sebati
3. Masukkan pula four cheese pasta sauce dan biarkan seketika
4. Sebelum diangkat perasakan dgn sedikit garam dan serbuk lada hitam

Penyediaan Lasagna

1. Griskan loyang pembakar dgn sedikit butter
2. Lapiskan kepingan lasagna pada dasar loyang
3. Letakkan sos merah diatas lasagna
4. Kemudian lapiskan pula dgn sos putih, taburkan sedikit keju parut
5. Ulang proses 2 - 4, lapisan terakhir diakhiri dgn sos putih dan taburan parutan keju yg banyak 
6. Bakar dlm oven 180 C selama 40 minit mengikut oven masing-masing. Pastikan kepingan lasagna lembut, jika masih kurang lembut boleh tambah masa pembakaran. 
p/s : Seelok-eloknya rendam kepingan lasagna dlm air panas 15-30 minit sebelum dimasak.

11 comments:

  1. huahhhh uLan suka betuL lasagna... selalu purchase kat pizza hut jek.. huhuhu pasnie nak try!!!

    ReplyDelete
  2. waaa..mcm senang...nak try la nnt...sos merah dah ada..guna pasta sauce botol tu jek..cm nak kene tambah daging cincang..sos putih tu je la nk kne bt..ngeeeehehehe...
    ni mmg feveret ni:)

    ReplyDelete
  3. Oh okeh jgk ni..slale buat complicated sgt..huuu~ tu yg mls nk buat..kuikui lps ni boleh rajin..

    ReplyDelete
  4. @Lizz : nk try... tapi, lasagna ni dh expired... huuuuu....

    ReplyDelete
  5. lasagna tu nak guna barap banyak ye?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...