777

Resepi Kerabu Mangga Simple

Kenapa kerabu mangga simple? Sebab semata-mata mangga, tak letak pun cili padi ke, bawang putih ke. Nak makan, tapi bahan tak cukup :)



Bahan-bahannya :
1 biji mangga muda
1/2 cawan kacang - sangat mewah kacang. Kalau tak suka, letak 1/4 cawan sahaja
2 sudu besar udang kering
Garam dan gula
Sedikit perahan asam limau

Caranya :
  1. Goreng kacang tanpa minyak. Tumbuk sedikit.
  2. Goreng udang kering tanpa minyak.
  3. Potong mangga memanjang.
  4. Campurkan semua bahan.
  5. Sejukkan dan siap :)


Jika nak sedap lagi, masukkan hirisan cili sedikit, bawang besar yang dihiris dan bunga kantan. Ada orang letak belacan. Untuk yang alah pada udang, gantikan dengan ikan bilis.

Resepi Ketupat Sotong



Sotong besar dan ada telur! Wah!!! Sedap! Saya kurang gemarkan sotong. Tapi, jika musim sotong bertelur, rugi jika tak beli.Telur sotong sedap! Ha.. lain kali kita share resepi telur sotong pula :)

Resepi ni mudah sahaja. Tengok sini ye. Cuma, saya tak gunakan gula merah, tetapi kerek nise. Yang bentuk bulat leper-leper tu. Beli kat Kelantan banyak. 

Cuma, kalau tak biasa, yang tricky sikit adalah untuk bajet berapa banyak pulut yang nak disumbat ke dalam perut sotong. Silap-silap sumbat, terburai perut sotong ketika dimasak. Jika isi sikit sangat pula, tak kembung la perut sotong tu. Jadinya, kurang sedap.

Selain pulutnya, rahsia kesedapannya adalah telur sotong. Cuba lah dengan resepi yang sama, satu sotong yang ada telur dan satu lagi yang tidak bertelur. Huish!! Sedap yang bertelurlah.

Resepi Kangkung Goreng Belacan



Sayur kampung memang sedap. Goreng seikat ni, memang tak cukup. Habis dan dan tu juga. Kena pula dengan nasi panas, dan juga lauk la... Ayam goreng dan sambal belacan pun ok juga :)

Resepi di sini la ye. Bezanya, letakkan belacan aje.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...