Followers

Resepi Kuih Keladi Udang Kering

Bahan A:
(Dibancuh rata)
100 gm tepung beras
420 gm ml air

Bahan B:
450 gm keladi - potong dadu
5 ulas bawang merah - hiris
1 cawan udang kering - dicincang
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada sulah
1/2 kecil serbuk rempah lima
3-4 sudu besar minyak masak
300 ml air untuk merebus keladi

Bahan hiasan:
Bawang goreng, daun bawang, udang kering dan cili merah

Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang hiris hingga kuning, alihkan ke pinggan untuk dijadikan bahan tabur. Tumiskan udang kering hingga masak, angkat.
2. Gunakan minyak yang masih tinggal untuk menggoreng keladi, masukkan juga lada sulah, garam dan rempah lima. Balikkan sebentar dan tuangkan air. Biarkan sehingga semua air meresap.
3. Sediakan kukusan, satukan campuran keladi dengan bahan A, masukkan juga separuh daripada udang kering goreng (separuh lagi jadikan bahan hiasan) gaul rata tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 40 minit.
4. Setelah kuih keladi masak, keluarkan dari kukusan dan sejukkan. Bolehlah ditaburkan hirisan daun bawang, cili merah,bawang goreng dan udang kering goreng.
5. Hidangkan bersama sambal dan sos manis.

*Note : Lom cuba lagi...
Source : Sajionline.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...