Followers

Resepi Kuah Sate


Bahan-bahannya :
2 cawan kacang tanah
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering (boleh dikurangkan jika tidak suka terlalu pedas)
Air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
2 batang serai (diketuk)
sedikit gula merah 

Caranya :
1. Bawang merah, bawang putih, cili kering digoreng berasingan.
2. Kacang disangai, dibuang kulit dan di tumbuk kasar.
3. Kisar bahan yang digoreng tadi dgn sedikit air.
4. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
5. Masukkan air asam jawa, gula merah dan garam.
6. Setelah mendidih, bolehlah dimasukkan kacang tanah dan serai tadi.
7. Masak sehingga kuah tadi pekat sedikit.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...