777

Pancake Yang Sedap Superlicious

Siapa suka makan pancake? Saya gemarkan pancake. Kegemaran dikongsi bersama dengan anak bujang, Adam. Semua yang Adam suka, saya suka. Semua yang saya suka, belum tentu Adam suka. Erkkk... hihihi.



Kedai pancake ni menjual pelbagai jenis pancake. Dari seantereo dunia. Wahhh!!! Mini pancake, pancake besar, macam-macam la. Event burger patties nya pun adalah pancake. Memang superlicious la. Sedap dan yummy!

Blog ni dah lama sangat terabai sebenarnya. Jadi, sementara ada masa, kita update la apa yang boleh ye. Owh... ini bukan entry resepi pancake. Resepi pancake mudah-mudah, boleh la rujuk kepada entry lama :






Minum petang di sini seronok. Bukan apa, selain makanan yang sedap, suasana pun kira ok la. Dekat pula nak pergi. Start enjin kereta, tup-tup sampai!

Makan-makan kat luar ni bagi inspirasi sebenarnya. Kita combine aje resepi mudah-mudah. Mudah-mudah tapi sedap! Pancake disapu yogurt! Sedap! Masam-masam. Makan dengan beef bacon, madu, egg scramble dan salad beserta mayonis. Ringkas aje kan! Tapi bila digabungkan, menjadi satu resepi hidangan lengkap yang AWESOME!

Jemput jamu mata ye :)

Resepi Asparagus Udang Goreng Rangup


Bahan-bahannya  :

Asparagus 
udang saiz sederhana – ikut suka berapa banyak
3 ulas bawang putih - cincang
Sedikit sos tiram
Secubit gula
Sos ikan secukup rasa
Cili padi – ikut tahap kepedasan :)


Caranya :

  1. Potong asparagus ikut saiz yang dikehendaki – pilih yang lembut je tau. Yang keras tu, tak boleh makan pun :)
  2. Tumis bawang putih, cili padi hijau/merah hingga wangi.
  3. Masukkan sos tiram dan udang.
  4. Masukkan asparagus.
  5. Masukkan secubit gula dan sos ikan. Biar sekejap dan angkat.


Pastikan asparagus masih rangup, barulah sedap!

Egg Benedict Sedap


Ini memang la menu breakfast yang mengenyangkan. Kenyang! Memang sarapan tinggi protein! Mana taknya, telur dua biji, beef bacon, dan roti gandum penuh. Kenyang dan menyihatkan!



Nampak tak kuning telur yang meleleh tu? Wahhh.... terliur kan? Sedap sangat!

Sesekali melayan tekak dengan menu western sangat-sangat menggembirakan! Benarlah kata pepatah,

gendang dendut tali kecapi,
kenyang perut suka hati!

Walaupun makan di restoran, saya share kan resepi ye. Resepinya saya ikut yang masterchef session dulu. Lupa dah session mana :)

Bahan-bahannya :
Telur ayam
Cuka
Air

Caranya :
  1. Panaskan air di dalam kuali hingga mendidih.
  2. Masukkan sedikit cuka.
  3. Putar tengah kuali dengan pemukul telur.
  4. Pecahkan telur ke dalam bekas.
  5. Masukkan telur ke dalam kuali perlahan-lahan.
  6. Matikan api dapur.
  7. Biar 4 minit, angkat!


Senang aje kan! Yang pentingnya... kuning telur mestilah masih cair. Lepas tu, ikut suka la nak makan dan hias dengan apa. Kat kedai ni, menu ni dipanggil egg benedict. Tapi world wide, namanya posh egg!

Selamat mencuba!

Saya dah try! Cabarannya memang pada kuning telur. Kalau kuning telur tu masak, maknanya fail! Sila cuba lagi.

Sedap!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...