777

Resepi Sup Lobster aka Udang Galah

Wow! Udang galah menjenguk ke dapur! Ingatkan nak buat masak lemak atau sweet sour. Last-last, jadi sup sahaja. 





Bahan-bahan :
Udang galah / lobster
1 ulas bawang putih - dicincang
Sedikit halia
Daun cederi
Garam


Caranya :

  1. Tumis bawang putih. 
  2. Masukkan halia.
  3. Masukkan air. Mendidih, masukkan udang.
  4. Masukkan garam. 
  5. Masukkan daun cederi jika suka ( jangan banyak sangat, nanti rasa udang jadi pahit )

Resepi Udang Grill

Butter grill prawn. Canggih kan namanya? Sebenarnya, resepi yang gila mudah. Budak sekolah juga boleh buat. Tapi, sedap. Rahsia kesedapannya adalah UDANG FRESH. Udang hidup diterbangkan dari KK. Hihihihi.

Kalau ada lauk yang fresh macam ni, apa buat pun, pasti sedap. Kerana, segar itu sedap :) Mula-mula ingat nak buat butter prawn la... tapi, last-last, grill biasa aje.


Udang atas kuali. Hehehe.... nampak sedap! .... dan memang SEDAP!


Berbaris sebelum di makan.


Bahannya cuma fresh prawn dan butter. Saya guna salted butter, so, tak perlukan garam :) Yummmmeh!

Resepi Popia Goreng

Petang-petang macam ni, enak juga jika makan popia goreng. Dah la sedap, mudah pula nak disediakan, sedap pula tu. Boleh disediakan banyak, Simpan dalam freezer. Bila perlu, goreng sahaja.



Popia ni, inti dia simple sahaja. Sayuran dan sedikit ayam. Sebenarnya, inti popia boleh dipelbagaikan. Terpulang kepada selera masing-masing. 

Pernah juga makan popia inti bihun goreng. Sedap!

Bahan-bahan :
Kulit popia - beli aje
Carrot, sengkuang, kubis - sedikit sahaja
Isi ayam
Bawang besar - potong dadu

Caranya :
  1. Tumis bawang hingga wangi
  2. Masukkan hirisan isi ayam.
  3. Masukkan sayur-sayuran.
  4. Masukkan garam.
  5. Siap inti.
  6. Ambil klit popia, bungkuskan inti. 

Gam dengan sedikit air. Pastikan gulungan popia dibuat ketat supaya tidak masuk minyak apabila digoreng.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...