777

Resepi Sambal Sardin


Resepi kali ni, resepi orang rajin :)

Bahan-bahan :
1 tin sardin
3 sudu besar sos tomato
1 biji tomato
1 labu bawang besar - dihiris
Sedikit air asam jawa
garam
10 tangkai cili kering - dikisar
10 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk


Caranya :
  1. Goreng ikan sardin sebentar - ikan sahaja. Ketepikan.
  2. Goreng cili kering hingga garing.
  3. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  4. Masukkan ikan sardin ( bersama kuahnya ), bawang besar, tomato dan sos tomato.
  5. Masukkan air asam jawa
  6. Sesuaikan rasa.
  7. Siap :)

Resepi Ikan Dori Sweet Sour


Bahan-bahan :
Sekeping ikan dori
Sesudu makan mixed vegie
2 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
Halia - dihiris
Sos ikan
Sos tomato
Daun bawang & daun sup - hiris kasar

Caranya :
  1. Ikan dori diperap garam dan kunyit. Digoreng garing. Ketepikan.
  2. Tumis bahan tumbuk dan halia hingga wangi.
  3. Masukkan sos ikan dan sos tomato.
  4. Masukkan air sedikit. Biar hingga pekat sedikit.
  5. Masukkan mixed vegie.
  6. Sesuaikan rasa.
  7. Masukkan daun sup dan daun bawang.
  8. Curah kuah ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
  9. Siap :)

Resepi Kuew Teow Goreng Basah


Bahan-bahan :
Kuew Teow
Sedikit udang
Sedikit kerang rebus - kupas kulitnya
Sebiji telur
2 keping tauhu goreng
Secekak kucai
Sebiji tomato
Lada merah - dihiris
4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
Sos tomato
Kicap masin

Caranya :
  1. Bersihkan kuew teow dan toskan.
  2. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan udang, kerang, garam.
  4. Pecahkan telur.
  5. Masukkan sedikit sos tomato, kicap dansedikit air.
  6. Masukkan tauhu goreng, tomato dan cili merah.
  7. Masukkan kuew teow dan daun kucai.
  8. Sesuaikan rasa dengan garam dan kicap.
  9. Siap :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...