777

Resepi Lala Goreng Bercili



Sesekali makan lala, sedap! Ada banyak resepi lala sebenarnya. Yang di bawah ni, takde la simple sangat. Ada yang lagi simple. Tapi, lala fresh, kalau simple pun tetap sedap. 

Bahan-bahan :
Lala - dibersihkan
3 ulas bawang putih - ditumbuk
5 tangkai cili kering - dikisar
Sedikit cili padi - optional jika nak lebih pedas
2 sudu makan sos cili
1 sudu kicap manis
Garam
Daun limau purut

Caranya :
  1. Tumis bawang putih dan cili kering.
  2. Masukkan cili padi, sos cili, kicap dan daun limau purut.
  3. Masukkan lala.
  4. Sesuaikan rasa dengan garam.
  5. Untuk hiasan, boleh hiriskan daun sup/bawang.

1 comment:

  1. salam.tq dengan resepi ni.nk try berbuka ni.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...