Followers

Resepi Puff Ayam



Bahan Pastri :
2 cawan tepung gandum
80 gm mentega/marjerin
Susu segar

Bahan Isian :
1/2 labu bawang besar (cincang)
Daun sup/bawang
200 gm daging ayam kisar
Sedikit mentega
Gula dan garam
Keju parmesan (serbuk)

Cara Menyediakan :
1. Mula-mula kita satukan mentega dan tepung. Ramas hingga berderai.
2. Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit sehingga doh boleh diuli. Uli hingga sebati.
3. Tumiskan bawang dengan mentega hingga layu.
4. Masukkan daging ayam kisar, daun bawang/sup. Tumis hingga masak.
5. Masukkan garam, gula dan keju parmesan (jika suka). Gaul sebati.
6. Bahagikan doh kepada dua bahagian.
7. Gelek lebar. Masukkan inti di tengahnya.
8. Gelek lagi sebahagian dan letak di atasnya.
9. Potong bahagian tepi bulat dan kemas.
10. Tekankan dengan garfu bahagian hujung doh.
11. Sapukan bahagian atas dengan telur hingga rata.
12. Bakar selama 30 minit pada suhu 180oC.
13. Sewaktu membakar, puf ini boleh dilapik dengan daun pisang kalau kita guna jaring pembakar.
14. Kalau kita pakai dulang pembakar boleh letakkan terus saja di atasnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...