777

Resepi Cendawan Sisir Masak Lemak


Pernah lihat atau makan cendawan sisir? Atau juga dikenali dengan nama kulat? Susah juga nak jumpa di KL. Jarang-jarang ada. Kenangan makan masa kecil-kecil dulu di kampung.

Nak masak pun, boleh dimasukkan udang, kepah apa sahaja ikut suka. Ada juga yang buat masak lemak putih.


Bahan-bahan :
2 piring cendawan sisir
1 cawan santan pekat
2 labu bawang besar - dikisar
2 batang serai - dititik
1" kunyit hidup - dikisar
Sedikit cili padi - dikisar
Segenggam ikan bilis - dikisar
Sedikit garam

Caranya :

  1. Masukkan bahan kisar bersama santan.
  2. Masukkan cendawan.
  3. Biar mendidih, perasakan dengan garam.
  4. Jangan samapi naik minyak, nanti kurang sedap.

Resepi Nasi Goreng Ayam Goreng

Menu breakfast di hujung minggu. Sambil menonton rancangan kartun, sambil mengisi perut. Cukuplah dengan lebihan nasi malam tadi :) Ayam goreng tu pun, yang malam tadi punya. Hiihi... 


Nasi goreng ni, memang versi tak pedas langsung. Saya makan bersama sambal cili yang ada :) Memudahkan diri kerana tidak perlu menyediakan makanan lain untuk anak kecil.


Bahan-bahannya :
Nasi - 2 cawan
Dua ketul ayam goreng
Sekeping fishcake - dipotong 
2 ulas bawang putih - ditumbuk 
1 ulas bawang merah - ditumbuk 
Sedikit mixed vege
Sebelah limau kasturi
Garam
Sedikit bilis goreng
Sedikit bawang goreng
Lada merah - dihiris halus
Telur mata kerbau
Lada sulah
Kicap / sos - jika suka

Caranya :
  1. Tumis bawang merah, bawang putih sampai wangi.
  2. Masukkan sedikit garam. Perahkan limau nipis.
  3. Masukkan ayam goreng yang telah dicincang.
  4. Masukkan fishcake.
  5. Masukkan mixed vege.
  6. Masukkan nasi, dan kemudian gaul rata. 
  7. Perasakan dengan garam dan sedikit lada sulah.
  8. Taburkan hirisan cili, bilis dan bawang goreng.

Petua Menghilangkan Pahit Peria

Gambar : Google

Kata orang tua, pahit itu ubat. Bermakna peria itu ubat : sememangnya peria banyak khasiat terhadap kesihatan dan kecantikan.

Namun, tak ramai orang yang gemar makan peria dek kerana rasanya yang pahit. Untuk mengurangkan pahit peria, hiris peria sebeum dimasak. Gaulkan dengan garam kasar selama lebih kurang lima minit sebelum dibasuh beberapa kali dan dimasak mengikut kesesuaian. Insya Allah peria akan berkurang pahitnya.

Lepas tu, boleh la dimasak. Kecur pula bila teringatkan peria :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...