777

Resepi Cheesecake Chocolate Brownie


Akhirnya... Dapat resepi yang gorjes ni dari sini. Resepi ni, sangat rich chocolate! Kalau nak badan cantik, tak boleh la makan. Dah la ber cheese, chocolate lagi. Faveret!!!

Walaupun tak cantik, tapi suka! At least ada improvement la dalam membuat cake ni. Hihihi. Tiada seni.


Selalunya brownies kan kasar-kasar sikit. Yang ini lebih kepada kek. Maybe sebab namanya cheesecake kot. Ahaaa...


Resepi ini sangat manis. Next time, akan kurangkan sedikit lagi gulanya.

Bahan-bahan :
85g unsalted butter - potong kecil
110g bittersweet choc chips
110g gula - pakai 60g
2 biji telur ( besar ) - suhu bilik - sebatikan dulu 
70g tepung
1 sudu serbuk cocoa - pakai van houten
1/8 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan valhora choc pearls - hiasan atas - pakai choc chip
1/4 cawan pecans - ganti dengan walnuts


Cheesecake topping
200g cream cheese ( suhu bilik ) - pakai 280g cream cheese
1 iji kuning telur ( besar )
60g gula - pakai 30g
1/8 sudu kecil esen vanilla

Caranya :

  1. Panaskan oven 180 C
  2. Double boil butter dan coklat dalam api yang kecil. Kacau hingga sebati.
  3. Tutup api dan keluarkan dari kepanasan air. Kacau dengan gula dan telur.
  4. Masukkan tepung, serbuk koko, garam, esen vanilla dan walnuts. Masukkan ke dalam tray untuk dibakar.
  5. Dalam mangkuk lain, pukul sebati cream cheese, kuning telur, gula dan esen vanilla hingga sebati.
  6. Letakkan cream cheese di atas adunan brownie. Taburkan choc chip di atasnya.
  7. Bakar selama 40 minit.
  8. Sejukkan dahulu sebelum dihidang.

Resepi Ikan Bakar Lemak Pandan


Ikan bakar lemak pandan. Tengokkan rupa, macam ikan percik pun ada. Tapi, bukan. Kalau nak kata ikan percik, akan jadi versi... entah. Bukan! Bukan ikan percik.

Simple aje resepinya. Lawannya, air asam atau sambal kicap. Saya suka sambal kicap. Sedap :)


Rasanya, kalau nak dicuba dengan ayam pun ok.

Bahan-bahan :
2 ekor ikan - ikan kembung
2 helai daun pandan

Kuah = dikisar :
125 ml pati santan 
3 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
Garam  
Sedikit air

Caranya :
  1. Panaskan oven - saya pakai 200C
  2. Lilit ikan dengan daun pandan
  3. Lapiskan loyang dengan daun pisang - kalau guna daun kunyit, wah, baunya semerbak
  4. Susun ikan atas daun
  5. Tuang santan atas ikan
  6. Bakar ikan hingga masak dengan pintu oven yang direnggangkan sedikit
  7. Siap :)
  8. Hidang dengan air asam atau sambal kicap.

Menu macam ni sesuai jika kita sedang mengejar masa. Hanya perlu letakkan semuanya di dalam oven dan sementara itu, boleh membuat kerja lain. 

Resepi ni, saya ambil dari sini. Tq untuk resepi yang mudah ini :)

Daun pandan tu, patutnya, sembat lah dengan lidi. Tapi, dah tak ada, main letak macam gitu aje.

Resepi Bihun Sup Daging


Bihun sup daging. Simple sahaja, namun tetap dapat dinikmati dengan berselera. Di match kan pula dengan sambal kicap. 


Bahan-bahan :
Bihun - celur dan toskan
1/2 kilo daging - dihiris halus
4 biji bebola daging
1 biji kentang - potong kecil
1 labu bawang besar - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
Sedikit carrot
Sedikit halia - hiris 
1 paket sup bunjut
Sedikit rempah empat sekawan
Air
Garam
2 sudu jus lemon - ikut suka masam mana
Bawang goreng
Daun sup - dihiris halus
Daun bawang - dihiris halus

Caranya :
  1. Tumis bawang dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan rempah sup dan sup bunjut. 
  3. Masukkan air.
  4. Masukkan daging. Biar daging empuk.
  5. Masukkan bebola daging.
  6. Masukkan kentang.
  7. Masukkan carrot.
  8. Masukkan garam.
  9. Setelah mendidih, masukkan daun sup, daun bawang dan sedikit jus lemon.
  10. Hiaskan dengan bawang goreng.
  11. Hidangkan dengan sambal kicap.


Sambal kicap ni pun, mudah nak membuatnya. Hanya perlu goreng bawang putih dan cili padi. Kisar / tumbuk. Masukkan kicap masin dan perahkan lemon.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...