Siapa suka makan nasi beriani? Kali ini nak share resepi Masakan suami saya pula. Kikiki. Alkisahnya... Cik Abang masak nasi beriani. Memang signature dish dia la tu. Umpppphhh sangat! Sedap!
Minat dengan nasi beriani, bermacam variasi dan rempah dicuba. Resepinya pun datang daripada pelbagai sumber. Dari Parkistan pun ada!
Yang ini adalah acar. Acar ni versi simple apa yang Ada di dapur. Tapi... Sedap. Saya memang tak gemarkan acar timun campur nenas tu. Timun kan berair!
Agak-agak dari gambar dah boleh teka apa kandungannya : lada hijau, tomato, carrot, bawang holland, cuka, garam Dan gula. Timun Ada juga. Di buang empulur Dan di potong kasar. Simple sangat. Tapi ia adalah pelengkap nasi beriani. Tanpanya, kurang menyengat la makan nasi beriani tu.













