777

Berbaloi Makan Di Dapur Penyet


Siapa suka ayam penyet? Apa kah yang penting di dalam menu ini? Sambalnya? Ayam garingnya? Tempenya? Entah la... Yang pasti, kombinasi semuanya mesti kena. Jika tidak, maka kurang kick la menu penyet tu.

Kalau ke Dapur Penyet, pilihannya bukan sekadar ayam. Ada macam-macam jenis lagi penyet yang Ada : lele aka Ikan Keli penyet, udang penyet, ayam bakar Dan pelbagai lagi. Pilihan Sayur pun banyak, maklumlah nak kombinasi kan dengan lauk.

Pilihan Kali ini, ayam penyet Dan ayam bakar penyet. 


Kailan goreng. Penuh semeja!


Ayam bakar dihidang bersama set sayuran, Tempe goreng, tauhu goreng Dan tentunya sambal penyet yang super pedas. Sambal nya lain sikit Dari set ayam goreng. Lebih kepada sambal kicap gitew! Wow! Makan memang asyik menyedut air. Panassss!!!


Ayam penyet juga dihidang dengan set yang sama. Bezanya pada sambal penyet. Sambal penyet bagi ayam penyet, sama la rupanya dengan set-set ayam penyet yang lain. 



Air pilihan kami sama : milo dinasour yang melimpah ruah. Amboi! Puas menyedutnya. Milo ori tau! Tak macam sesetengah kedai, milonya dah tak ori. Di campur malt.

Harga? Murah! Murah sangat Dan sesuai dengan portion nya. Alhamdulillah!

Makan Sedap Di Coffee Planet

Siapa penggemar coffee? Saya! Kami sekeluarga gemarkan coffee. Coffee law pekat. Wow!


Ke Coffee Planet untuk minum petang. Kikiki. Jadinya, menu light sahaja yang kami pilih. Maklum sahaja lah, tadi dah makan nasi. 


Coffee Planet ni santai sahaja dekorasinya. Cukup menenangkan sambil-sambil nak melayan tekak. Tempatnya selesa, sesuai la jika nak meeting atau buat study group santai-santai. Jika lapar, order sahaja. Kikikik.


Pilihan kami pada hari ini : hot latte untuk ke semua kami. Kikiki. Saya ambil saiz regular sahaja. Adam pula ambil saiz besar. Hohohoho. Boleh ke Adam habis kan tu? Saiz regular pun dah cukup besar.


Coffee nya betul-betul kaw. Yummmn!


Saya memilih choc brownies yang dihidang bersama aiskrim coklat Dan vanilla. Premium gred tau aiskrim ni.

Nampak sedap tak? Rasanya? Yesss! Coklat sebenar! Absolutely a must Kalau ke Coffee Planet!


Anak bujang saya memilih bake macaroni meat and cheese.

Nampak simple. Dagingnya di dalam potongan besar tau! Tak sama macam yang biasa saya makan. Sedap! Dok Intan-intai juga isi di dalam makaroni bakar ni. Sebab, Nampak light sangat. Tapi rasanya marvelous! Sedap! Memang boleh menjadi menu pilihan.


Suka dengan pilihan menu? Ye! Markah penuh :) Nampak kan muka-muka happy dua beradik? 

Apa Ada Di Ayer 8


Pernah dengar Ayer 8? Kalau di KL, mesti tertanya-tanya apa itu Ayer 8. Tapi, kalau yang berdekatan dengan Putrajaya, tau la apa itu Ayer 8.

Ayer 8 ni nama tempat. Lebih tepat, tempat makan. Banyak kedai makan di sini. Antaranya Kyros Kebab, Tom Yam Kung, dan Teh Tarik Place. Sebenarnya banyak lagi tau kedai di kawasan ni. Maklumlah, baru nak explore.



Signboard Ayer 8 ni, cantik! Mula-mula nampak signboard, ingatkan shopping complex. Rupanya, deretan kedai. Dah namanya Putrajaya, deretan kedai dalam taman la. 

Pemandangan di sini, boleh nampak Masjid Besi. Siang hari, pemandangan biasa. Tapi... bila malam, cantik sangat! Suasana malam disimbahi lampu berwarna-warni.

Tak tahu di mana nak makan di Putrajaya, jom la ke Ayer 8!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...