777

Kopitiam Di Ikea @ Uncle Lim's

Apabila ke Ikea, apa makanan yang sinonim? Meal balls yang sedap atau karipap yang yummeh? Wahhhh... memang favourite!

Tapi, sebenarnya Ikea masih ada banyak tempat makan yang awesome. Pilihan banyak mengikut citarasa masing-masing. Pilih la yang mana suka.

Untuk breakfast relax-relax, kami pilih kopitiam. Uncle Lim's. Kat mana? Kat bawah Ikea je. 



Masa ni awal pagi. Orang belum ramai. Tapi tak lama. Selepas tu, menderu orang masuk ke kedai!

Menu pilihan kali ini, chicken porridge aka bubur nasi. Pilihan Adam, boleh dikongsi dengan Aleesya. Banyak tau! Sedap pun ye.



Ini mangkuk yang disediakan.



Kami minta mangkuk kecil. Mangkuk di atas, Adam punya.

Air pilihan si kecil adalah kopi. Perghhhh... dia order black coffee. Tapi, kopi dia agak terlebih pahit dan Adam tak suka.



Nampak tak Adam makan dengan begitu berselera. Amboi!

Datang lagi lain kali? Ya. Untuk light breakfast. Jamu mata dengan mangkuk setelah kami selesai makan!


Ayam Golek Pantai Dalam


Ayam golek Pantai Dalam. Sedappp... dari harga RM10 hinggalah ke harga RM22, kami masih setia dengan ayam golek Pantai Dalam. Jauh la juga nak membeli, tapi... makanan sedap memang sentiasa di cari!

Ayam saiz comel aje. Sedang-sedang gitu. Boleh la untuk keluarga kecil kami.

Kelainannya dengan ayam golek lain, tentulah perapannya! Terasa sampai ke tulang. Hihihi. Itu yang sanggup la pergi meredah jem tu. Lepas tu queue pula nak membeli. Cumanya, kalau makan sana dapat la sesuap mulut ulam. Beli take away, tak de pula la dapat ulam tu. Hmmm... sejak dari dulu lagi. Apsal eh?

Resepinya, tak dapat la dipastikan. Tapi memang wangilah! Bau serai dan rempah-rempah. Sedap!

Resepi Telur Bulat Masak Kicap Mudah


Resepi ringkas yang sekali-sekala di makan memang sedap! Tak percaya? Sedap tau telur bulat masak kicap!


Bahan-bahannya : 

4 biji telur rebus - buang kulitnya
2 biji bawang besar - di hiris dan dileraikan
2 tangkai cili merah - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk 
1 inci halia - dihiris
1 sudu cili giling
Daun sup
Kicap manis
Garam
Lada sulah
Bawang goreng


Caranya :

  1. Tumis bahan hiris.
  2. Tumiskan cili giling.
  3. Campurkan 3 sudu besar kicap manis, garam dan lada sulah.
  4. Masukkan telur rebus.
  5. Campurkan sedikit air dan biarkan mengelegak sebentar.
  6. Angkat dan taburkan daun sup dan bawang goreng.

Kadang-kadang, menu ringkas macam ni boleh jadi pembuka selera. Syaratnya, makan la dengan nasi panas. Jika makan dengan nasi sejuk, nanti tak sedap pula!

Selamat mencuba!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...