777

Resepi Yee Mee Kantoneese


Sedapnya yee mee kantoneese. Makan sampai menghirup sup. Hihihi... slurppp... jangan bayangkan hirup sup tu, tengah puasa ni!

Bahan-bahan :
4 keping yee mee
200gm udang
250gm isi ayam
sekeping fish cake
5 ketul bebola ikan
5 ulas bawang putih - cincang
1 cm halia muda - hiris
2 biji telur
sedikit sawi
sedikit cendawan shitake
sedikit carrot - potong panjang
daun sup - hiasan
sedikit tepung jagung
sedikit minyak
garam secukup masa
stok ayam


Caranya :
  1. Goreng garing yee mee. Tos dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga agak garing.
  3. Masukkan isi ayam, udang, fish cake dan fish ball.
  4. Masukkan stok ayam.
  5. Masukkan air tepung jagung, lada sulah dan garam secukup rasa. Kacau sentiasa agar tepung tidak berketul. Biar air mendidih.
  6. Masukkan sayuran dan biarkan layu.
  7. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan air.
  8. Pecahkan telur dan tunggu seketika.
  9. Tutupkan api.
  10. Tuang kuah ke atas yee mee goreng dan hidang bersama cili potong / cili jeruk.
  11. Tabur la sikit bawang goreng kalau suka!


Taraaaa.... sedia di makan.

Petua Buat Air Buah Sedap

Mentang-mentang la bulan puasa, sedapnya minum jus buah sejuk-sejuk. Segar je tekak. Ni nak kongsikan satu petua.

Pernah tak buat air buah di rumah dengan blender yang guna untuk blend bawang, cili bagai? Apa rasa air tu? Eiiii... tak sedap!

Petua menghilangkan bau-bau semua tu, caranya mudah sahaja. Blend dulu kulit buah sebelum blend buah! Senang sangat! Blend tu, untuk hilangkan bau. Bukannya untuk diminum. Kemudian, buang la air kulit buah tu.

Sedapnya jus buahhh...

Sarapan Terakhir

Tajuk bikin saspen! Sarapan terakhir sebelum berpuasa. Hihihih.... sarapan semalam tau! Bukan hari ini. Hari ini dah puasa...

Menunya... roti bakar! Hahah. Ye ye. Memang boleh buat sendiri di rumah. Tapi, lain feel nya bila kita bangun pagi-pagi lepak di kopitiam. Hahaha.

Nampak sedap kan roti bakar di bawah? Sedap la makan panas-panas. Cuba sejuk! :)




Ini pula adalah cantonese yee mee. Wahhhh.... makan berat di pagi hari? Ye. Sedap? Ye... sedap. Lagi sedap bila makan bersama ahli keluarga. Sambil menikmati makanan, sambil menikmati feel berada di mall yang legang. Kedai masih banyak belum dibuka. Kami ambil port mengadap ke toys us. Senang nak tengok pukul berapa kedai buka! AHahahah!



Ini la mangkuk yang sama tadi. Licin! Agak-agak sedap tak? Hihihi.




Di pagi hari... perut kenyang. Hati girang! Esok puasa! Yeay!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...