777

Resepi Pegedil Kentang


Bahan-bahan :
10 biji kentang
2 biji telur - gred A
Daun sup - dihiris kasar
Bawang goreng
Garam
Serbuk lada hitam

Caranya :
  1. Kentang dikupas. Gaulkan garam dan goreng hingga masak.
  2. Kentang ditumbuk lumat dengan semua bahan di atas - kecuali telur.
  3. Bulat-bulatkan semua bahan.
  4. Celup telur yang dipukul sebelum digoreng.
  5. Siap :)

Biskut Raya

Ya Allah.... betapa sibuknya sekarang. Sampai terabai blog kesayangan. Ok, entry kali ini bukan pasal resepi atau petua.... tapi.... Biskut Raya!!!

Ini nak promote la sikit.....
Al-kisahnya, adik kesayangan saya berniaga biskut raya.... Maka, sesiapa yang berminat, sila la hubungi beliau. Sedap! Saya telah berjaya menghabiskan 4 botol kuih raya. Puasa pun belum....

Ini antara gambar biskut-biskut raya kepunyaan saya. Sebab tokey dia tak sempat nak snap picture, maka hanya ada gambar biskut-biskut yang saya beli dari dia.

Sedap dan murah!
 
Jika ada yang berminat, sila hubungi Hajar 012 261 4729. Rumah area Pandan. 

Biskut dijual dalam bekas ( lebih kurang 50 biji ). Kenapa lebih kurang? Untuk memenuhkan bekas supaya nampak cantik. So, ianya akan jadi minimum 50 biji. Might be 50 - 55 biji bergantung kepada biskut.

Antara biskut yang ada :

RM 20 sebekas
Bskut ais krim 
Biskut italian delight
Biskut Chocolate Oat
Biskut Tart Nenas
Biskut Conflakes
Biskut Samprit
Biskut Kacang Mazola

Maklumat lanjut, sila hubungi  nombor di atas.

Resepi Tepung Pelita

Bahan-bahan :

Lapisan Putih :
4 cawan santan
6 sudu besar tepung beras
Sedikit garam

Lapisan Hijau :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
5 cawan air


5 helai daun pandan - ambil jusnya
Secubit kapur
*untuk warna hijau yang lebih cantik, gunakan daun sejenis pokok. Lupa apa namanya. Akan update bila teringat


Caranya :
Lapisan hijau :
  1. Campurkan semua bahan. 
  2. Kacau sehingga pekat dan likat. 
  3. Masukkan ke dalam kelongsong daun pisang.
Lapisan putih :
  1. Campurkan semua bahan.
  2. Kacau sehingga pekat dan likat.
  3. Letakkan di dalam kelongsong pisang, di atas lapisan hijau.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...