777

Resepi Speghatti Bolognese


Bahan-bahan :
 
Sepeket speghatti
Sebatang carrot – di potong dadu
400gm daging cincang
Seulas bawang putih – dicincang
Selabu bawang india – dicincang
Sepeket white button – ganti dengan cendawan butang dalam tin –  di hiris halus
Olive oil
2 sudu butter
200 ml susu segar
2 biji tomato ranum – di potong dadu
1 tin tomato puree

Caranya :
  1. Didihkan air. Masukkan garam, speghatti dan sesudu olive oil.
  2. Setelah speghatti lembut, angkat dan toskan.
  3. Masukkan sedikit olive oil dan butter ke dalam periuk.
  4. Masukkan bawang putih dan bawang india. Tunggu bawang layu.
  5. Masukkan daging cincang. Tunggu masak dan kuning ( masak, bukan garing ).
  6. Masukkan susu segar.
  7. Bila susu segar hampir kering, masukkan carrot, mushroom dan tomato segar.
  8. Masukkan tomato puree dan 3 cawan air.
  9. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat.
Hidang bersama cheeze.

Resepi Sambal Kerang


Bahan - bahan :
Kerang rebus yang telah dikopek
1 labu bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
Sedikit air asam jawa
10 biji lada kering - dikisar. Lebih / kurangkan ikut kepedasan sambal
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Caranya :
  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering. Goreng hingga sedikit garing.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  4. Masak hingga pekat.
  5. Masukkan kerang.
  6. Tambah air jika tidak mahu sambal terlalu kering

Resepi Nasi Lemak Puyuh


Nasi lemak  

Bahan-bahan :

1 cawan beras
1 cawan santan - selalunya saya kurangkan supaya kurang lemak
3 cawan air - sukatan air bergantung kepada jenis beras ye kawan-kawan
sedikit halia - dihiris
2 ulas bawang merah - ditumbuk
daun pandan
garam

Caranya :
  1. Basuh beras.
  2. Campurkan semua bahan di atas.
  3. Masak dalam rice cooker.

Puyuh Goreng 
  1. Potong burung puyuh mengikut saiz yang dikehendaki
  2. Perap bersama garam dan kunyit.
  3. Goreng garing.

Sambal Telur

Bahan-bahan :
4 biji telur ayam - direbus masak
10 tangkai cili kering - tambah jika nak pedas - dikisar
1 labu bawang besar - dipotong membulat
4 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Caranya :
  1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa.
  3. Masukkan telur rebus yang telah dikupas.
  4. Kacau rata.
  5. Masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
  6. Siap :)
Hidangkan bersama timun, salad dan telur rebus.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...