777

Resepi Cendawan Sisir Masak Lemak


Pernah lihat atau makan cendawan sisir? Atau juga dikenali dengan nama kulat? Susah juga nak jumpa di KL. Jarang-jarang ada. Kenangan makan masa kecil-kecil dulu di kampung.

Nak masak pun, boleh dimasukkan udang, kepah apa sahaja ikut suka. Ada juga yang buat masak lemak putih.


Bahan-bahan :
2 piring cendawan sisir
1 cawan santan pekat
2 labu bawang besar - dikisar
2 batang serai - dititik
1" kunyit hidup - dikisar
Sedikit cili padi - dikisar
Segenggam ikan bilis - dikisar
Sedikit garam

Caranya :

  1. Masukkan bahan kisar bersama santan.
  2. Masukkan cendawan.
  3. Biar mendidih, perasakan dengan garam.
  4. Jangan samapi naik minyak, nanti kurang sedap.

6 comments:

  1. kalau tak bubuh ikan bilis, rasanya okey tak??nak cuba gak resepi kulat nih..

    ReplyDelete
  2. cendawan nie sedapnya..mmg kesukaan..huhu

    ReplyDelete
  3. Sy memang lama nak makan cendawan sisir ni tp memang susah nak cari..ummi sy buat sgt sedap!

    ReplyDelete
  4. saya biasa makan yang goreng letak kunyit ngan telur. sedap!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...