777

Ana Ikan Bakar Petai Bangi

Lamanya blog tidak berupdate. Kali ni, saya update tempat makan la pula. Selalu, untuk family gathering, kami makan di Chinese Muslim D'Templer atau di Istana Bambu. Kali ini, kita terjah ke Ana Ikan Bakar Petai Bangi untuk pertama kalinya.

Tengok, betapa ramainya manusia. Bila ramai macam ni, dapat agak la servis mungkin lambat sikit.


Mula-mula, pilih ikan dulu. Kedai macam ni, biasalah, harga ikan akan mengikut harga pasaran biasa. Ini harga untuk setiap 100gm. Harga siap masak ok!


Terlalu sesak untuk mengambil gambar. Gambar ini saya ambil semasa nak balik dah... asalnya, banyak ikan wooo.


Dapat meja jam 9.00 malam. 9.50 malam baru nasi dan air sampai. Nasi kosong. Diikuti sayur dan tomyam. Errr... tomyamya, agak kurang sedap. Sekadar untuk mengadakan kuah di dalam menu, boleh lah.


Lauk-pauk tidak sampai serentak. Mula-mula sotong goreng tepung. Selang 10 minit, butter prawn sampai. Perut berkeroncong, kami mula makan.

Rasanya, kalau sotong goreng tepung, mana-mana kedai pun lebih kurang sama. Sama ada sedap atau tidak. Sotong goreng tepung ini, sedap. Hilang sebentar penat berjalan jauh kerana kesedapannya. Lupa pula hendak merasa sosnya. Saya makan tanpa sos!


Butter prawn pun sedap. Si kucen master sedang mengaut butter prawn =)


Tidak lama kemudian, muncul signature dish mereka iaitu ikan bakar petai. Kami memilih ikan pari. Ok, menu ini sangat sedap. Sedap. First time la makan ikan bakar petai ni. Memang tidak mengecewakan.


Di penghujungnya, barulah sampai dua ekor siakap masak tiga rasa. Hurmm... perut sudah kenyang, ikan baru sampai. Makan ajelah. Cuma, berbanding dengan kedai-kedai yang biasa dikunjungi, ikan siakap tiga rasa ini tidak seberapa. Kurang kick!



Kedai ini boleh dikunjungi lagi, namun saya sudah tahu menu apa yang menepati citarasa. Tapi, sekiranya makanan semua sampai serentak, owhhh... alangkah indahnya. Kami hadapi situasi begini, satu menu sampai, hulur pinggan kosong terus kepada pelayan. Untuk mengadakan lebih space di meja.


Dari segi harga, harga makanan agak murah. Semuanya adalah RM299.80. RM300 la senang cerita. Owh, satu faktor kecil yang boleh memurahkan harga adalah, kami order air ikut jug. Sebenarnya order ikut individu. Namun, pelayan kata agak lambat. So, airnya adalah jus tembikai, jus limau, teh 'o' ais dan segelas milo ais untuk si kecil.

7 comments:

  1. sedapnya .... wah boleh cuba ke tempat ni.. tapi dengan dua ank kecil, payah nak makan kat tempat orang ramai mcm ni... macam macam perangai diorang nanti.... kena plan btl klaau nak ke sana ni....

    ReplyDelete
  2. Hi, Liza baru kali pertama sampai ni... :)

    ReplyDelete
  3. Pasni mama kena pg tanjung lumpur. Baru betul2 petaiiiii. Klu di bangi nie ibu kureng gemar. Bumbu nya pun rasa berbeza. Hehe

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam kenal Mama Adam, kakpb ni orang Bandar Baru Bangi tapi tak tahu pun ada kedai ni. Kat mana eh? area sebelah petronas/shell jln menghala ke putrajaya?

    ReplyDelete
  6. aaaa.... kedai ni tepi jalan menghala putrajaya. sebelah shell :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...