Followers

Resepi Kek Coklat Kukus Basah



Bahan-bahan:
250 gm mentega tanpa garam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
3/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila
4 biji telur gred B
1 cawan susu segar suam - dipanaskan jangan sampai mendidih

Topping:
500 gm coklat masakan
400 gm krim putar
Parutan coklat masakan

Cara Menyediakan:
1. Ayak tepung dengan serbuk koko. Ketepikan.
2. Pukul mentega dengan kedua-dua gula hingga gebu.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang.
4. Masukkan esen vanila. Pukul lagi.
5. Tuangkan susu suam sedikit demi sedikit di bibir mangkuk. Tuang perlahan-lahan dan pukul lagi hingga sebati.
6. Masukkan tepung dan serbuk koko dan pukul lagi hingga gebu.
7. Tuangkan ke dalam bekas pembakar, tutup dengan aluminium foil. Ikat sekeliling bekas dengan tali.
8. Kukus selama 1 1/2 jam dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
9. Setelah masak, sejukkan. Kemudian potong kek menjadi lapisan dan tuangkan topping di atas lapisan bawah dan letakkan lapisan atas. Akhir sekali, tuang topping pada keseluruhan kek dan taburkan parutan coklat di atasnya.

Source : SajiOnline

2 comments:

  1. @miss aini : ambil la.... saya copy resepi ini dari Saji online :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...