Dulu, susahnya nak dapatkan mee bandung yang sedap. Ada sahaja yang tak kena dek tekak. Orang cerewet makan, macam inilah.
Berkesempatan ke kedai mamak - D' Selera Fc. Haaaa... bukan sebarang kedai mamak tau. Di sini ada 10 buah gerai masakan Melayu dan Cina Muslim. Lain daripada kedai mamak biasa. Betulkan? Selalunya kedai mamak samada mereka conquer 100% kedai mereka ataupun ada satu stall tom yam Melayu. Bayangkan variety makanan yang dapat kita cuba!
Lokasi kedai adalah di Semenyih. Tak berapa ke dalam dan parking yang senang. Hoyehhhh!!!
Kami mencuba mee rebus dan mee bandung. Hohohoho...
Thumbs up untuk mee bandung! Sedap sangat. Rasa la rencah kuahnya. Rasa kacang yang mewah, bersama udang dan telur.
Mee rebus pula dihidang bersama keropok yang dibuat sendiri. Keropok tu sedap! Mee rebus juga sedap, cuma saya lebih sukakan mee bandung yang marvellous.
Gerai mee ni juga ada menjual mee kari. Mungkin lain kali saya akan mencuba mee kari tu. Nampak sedap, tapi cukup la dengan dua hidangan mee pada satu masa. Kikiki.
Jadi, kalau nak merasa mee bandung yang sedap, silakan ke kedai D' Selera Fc dan jangan lupa order mee bandung. Harganya cuma RM6 semangkuk.
0 comments:
Post a Comment