777

Resepi Bihun Sup Daging


Bihun sup daging. Simple sahaja, namun tetap dapat dinikmati dengan berselera. Di match kan pula dengan sambal kicap. 


Bahan-bahan :
Bihun - celur dan toskan
1/2 kilo daging - dihiris halus
4 biji bebola daging
1 biji kentang - potong kecil
1 labu bawang besar - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
Sedikit carrot
Sedikit halia - hiris 
1 paket sup bunjut
Sedikit rempah empat sekawan
Air
Garam
2 sudu jus lemon - ikut suka masam mana
Bawang goreng
Daun sup - dihiris halus
Daun bawang - dihiris halus

Caranya :
  1. Tumis bawang dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan rempah sup dan sup bunjut. 
  3. Masukkan air.
  4. Masukkan daging. Biar daging empuk.
  5. Masukkan bebola daging.
  6. Masukkan kentang.
  7. Masukkan carrot.
  8. Masukkan garam.
  9. Setelah mendidih, masukkan daun sup, daun bawang dan sedikit jus lemon.
  10. Hiaskan dengan bawang goreng.
  11. Hidangkan dengan sambal kicap.


Sambal kicap ni pun, mudah nak membuatnya. Hanya perlu goreng bawang putih dan cili padi. Kisar / tumbuk. Masukkan kicap masin dan perahkan lemon.




5 comments:

  1. cantik mangkuk? bila nak bawak pegi opis...ikhlas di hati ini saya teringin. kalau ada kelapangan bawaklaa dapat rasa sikit pun jadi ler :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin? Insya Allah. X janji tau. Mangkuk tu? Sama umur ngan adam

      Delete
  2. salam tuan umah.. tumpang jenguk dapo ye :)

    kecur rase bile tgk bihun sup ni.nak2 bile puasa cmni.. Huhu... daging bulat2, tambah lak ngn bwg gureng + sambal kicap..

    ReplyDelete
  3. assalam...tumpang lalu...nk tanya nie...bahan2 nie utk bape org makan yee...???

    ReplyDelete
  4. assalam...tumpang lalu...nk tanya nie...bahan2 nie utk bape org makan yee...???

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...