777

Resepi Kerang Rebus



Bahan-bahannya :
Kerang - 2kg
Daun kunyit
Serai - dititik


Caranya :
Bersihkan kerang.
Rebus bersama secawan air, serai dan daun kunyit.
Tak perlu dimasukkan garam
Hidang bersama sos / kicap

Petua Mudah Mengupas Kulit Telur

Rendam telur dalam ais sekejap selepas direbus. Pasti mudah dikupas :D

Resepi Yee Mee Goreng

Menu simple untuk dinner malam ni...


Bahan-bahannya :
Yee Mee secukupnya - utk family saya 1 sanggul shj
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 biji lada merah - dihiris
Sedikit ayam cincang - ganti ngan udang lagi sedap
Sebatang carrot - dihiris panjang
Taugeh
Sebiji tomato - potong dadu
Kubis - dihiris nipis panjang
Kicap pekat
Sos cili
Sedikit lada sulah
Garam 


Caranya :
  1. Yee mee direndam hingga kembang. Toskan.
  2. Tumis bawang putih.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata.
  4. Masukkan tomato dan lada merah.
  5. Masukkan sos cili, kicap pekat dan garam.
  6. Masukkan carrot dan kubis.
  7. Masukkan yee mee dan last sekali masukkan taugeh.

Resepi Salad Telur

Resepi mudah dan sedap. Credit to hanamemories.


Bahan-bahan :
Telur - rebus, belah dua
Salad
Timun dan tomato - hiris nipis
Sos cili / tomato
Mayonis


Caranya :

  1. Susun salad, timun, tomato dan telur.
  2. Tuangkan sos dan mayonis.
  3. Siap!

Makanan Untuk Kurus?

Ini menu untuk supper malam ni. Niat nak turun 5 kg dalam 20 hari telah GAGAL. Tadi nak beli baju baru, saiz S kecil untuk saya. Saiz M pula sangat gedoboh. Mungkinkah saiz baju itu yang tidak betul? Mungkin....

p/s : mak dan sis, jika baca entry ini, jangan gelak. Azam belum cukup kuat..... uhuuuuu

Resepi Kurma Ayam 2


Resepi ayam kurma dah ada. Tapi dulu pakai yogurt. Yang ini pakai santan.


Bahan-bahannya :
Ayam
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
sedikit halia
rempah tumis - bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis
rempah kurma
Santan
Sebiji kentang
Lada merahgaram

Caranya :
  1. Perap ayam dengan halia dan garam.
  2. tumis rempah tumis dan halia.
  3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan lada besar. Apabila naik bau, masukkan rempah kurma dan air.
  4. Tunggu pecah minyak.
  5. Masukkan ayam.
  6. Apabila ayam nak masak, masukkan santan dan garam.
  7. Tunggu kuah pekat sikit, angkat. 
  8. Siap.

Resepi Salad Kentang

Bahan-bahannya :
4 biji kentang - dipotong dadu
4 biji telur rebus - saya pakai 2, sebab minggu ni dah terlalu banyak telur
Sedikit lada sulah
Sepokok daun sup - dihiris
Mayonis - sedap juga dicampur dengan thousand island


Caranya :

  1. Ubi kentang dikupas dan dipotong dadu.
  2. Rebus kentang. Masukkan sedikit garam.
  3. Setelah kentang empuk, tos dan sejukkan.
  4. Masukkan dalam peti sejuk.
  5. Kupas dan lenyek telur rebus.
  6. Campurkan dengan sedikit serbuk lada sulah, mayonis dan daun sup
  7. Sejukkan.
  8. Campurkan dengan kentang rebus tadi.
  9. Sejukkan seketika di dalam peti sejuk.
  10. Siap!

Resepi Ikan Bawal Rebus

Bahan-bahan :
Seekor ikan bawal
4 ulas bawang putih - dihiris
Seinci halia - dihiris
Garam
Air


Caranya :
  1. Air dididihkan di dalam kuali.
  2. Masukkan bawang putih dan halia. Biar agak lama.
  3. Masukkan ikan.
  4. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Siap.
Ini resepi untuk anak bujang yang tengah batuk dan demam. Tanpa minyak, di makan bersama bubur nasi

Resepi Air Kicap Ikan Bakar

Pic : Google


Bahan-bahannya :
Cili padi
Belacan - jika suka
Bawang merah
Limau nipis
Tomato - jika suka
Garam - jika perlu
Gula


Caranya :

  1. Patah-patahkan cili padi
  2. Bakar belacan menggunakan api / bakar dalam oven hingga naik bau
  3. Tumbuk belacan dan bawang merah
  4. Masukkan garam ( jika perlu ) dan gula secukup rasa
  5. Masukkan tomato yang dipotong dadu
  6. Masukkan kicap, perahan jus limau
  7. Siap!

*kuantiti bahan-bahan bergantung kepada banyak mana air pencicah yang hendak disediakan. Sedap dimakan bersama ikan bakar.

Petua Elak Masakan Melekat Di Kuali


Masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Hasilnya, masakan tidak melekat dikuali, hasil gorengan lebih garing dan enak :D

Resepi Milo Halia

Owh... ini minuman yang sangat menyegarkan. Bila badan rasa tak sedap, berangin, dulu saya minum teh halia. Tapi, emak memperkenalkan pula milo halia. Lagi sedap!

Air milo panas yang dicampur beberapa hiris halia tua. Bayangkan ye... sebab gambar kena tunggu. Sedap, sedap...

Resepi Lawar

Bahan-bahannya :
3 ekor ikan segar - kembung/parang
4 biji tomato - potong dadu
Jus limau kasturi - banyak sehingga menutupi semua bahan
Sedikit kacang buncis - dihiris kasar
1 biji bawang besar - dimayang
Secekak daun kesum - dihiris halus
2 biji cili padi - dihiris - ikut tahap kepedasan masing-masing
Garam dan gula secukupnya


Caranya :
  1. Ikan dibersihkan, buang tulang dan dipotong kecil.
  2. Campurkan semua bahan. Pastikan jus limau kasturi cukup banyak supaya isi ikan dapat masak.
Sedap sangat! Cubalah! Make sure ikan cukup segar untuk mengelakkan rasa hanyir.

Resepi Nasi Dagang Terengganu

Breakfast pagi tadi, ada kakak opis bawa nasi dagang. Ramai-ramai la mengadap nasi dagang dia. Selalunya, saya tak makan nasi dagang ni, sebab muak. Mungkin sebab dah lama tak makan, atau memang dia masak sedap ( atau saya yang kelaparan ), dengan muka tak malu menambah nasi walaupun menu untuk breakfast telah dibeli. Hehehe..... sedap!

Tapi, ini bukanlah resepi kakak tu. Resepi dia takde sukatan. Kalau newbie yang nak buat, sah tak menjadi. Ada sukatan ni pun, tak tentu jadi kalau saya yang membuatnya. Kita tengok resepi chef ya... hanieliza

Bahan-bahan :
600 gm cawan beras
100 ml beras pulut
30 gm halba
400 ml air
400 ml santan pekat
garam secukup rasa

Bahan utk Dimayang :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 cm halia

Caranya :
1.Beras dan pulut disatukan dan dibasuh. Rendamkan.
2. Toskan dan masukkan dalam kukusan yg berlubang
3. Kukuskan sehingga naik wap.
4. Keluarkan beras dan masukkan dalam mangkuk.
5. Siramkan dengan air dan kacau rata.
6. Masukkan semula beras dalam kukusan berlubang.
7. Taburkan hirisan halia dan bawang dan kukus sekali lagi sehingga naik wap.
8. Masukkan dalam mangkuk besar dan siramkan dengan santan yg telah digaulkan garam.
9. Gaulkan rata dan hidangkan bersama gulai nasi dagang dan acar

Gulai Ikan Tongkol

Bahan

1.5 kg ikan tongkol ]
50 gm asam keping ] potong...bersih dan rebuskan
garam secukupnya ]
60 gm rempah kari ikan
10 gm serbuk ketumbar
5 gm serbuk jintan
80 gm cili mesin
4 ulas bawang kecil [tumbuk halus]
3 cm lengkuas [tumbuk kasar]
500 santan pekat
30 gm gula merah
30 gm kerisik
50 ml air asam jawa
minyak unyuk tumis
cili api dan belimbing buluh

Cara memasak: 
  1. Tumiskan bawang sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah yang dibancuh dgn sedikit air asam jawa. Biarkan garing. 
  2. Masukkan rebusan ikan dan santan. Biarkan mendideh. 
  3. Perlahan api dan masukkan kerisik, gula merah, belimbing buluh dan cili api. 
  4. Biarkan api perlahan-lahan sehingga gulai naik minyak. 
Acar Timun.

Bahan

100 gm timun
100 gm lobak merah
100 gm cili merah & hijau
50 gm bawang besar
60 ml cuka
30 gm gula
garam

Air kapur secukup untuk merendam sayur

Cara.
  1. Timun dipotong 2 inci dan buangkan biji tengahnya. Mayang halus saperti batang mancis. 
  2. Lobak merah, cili merah & cili hijau dimayang halus saperti timun juga. 
  3. Bawang besar dibelah 2 dan mayang halus juga. 
  4. Rendamkan semua bahan yang dimayang dalam besen besar yg berisi air kapur selama 30 minit. Tapiskan dan biarkan sehingga kering. 
  5. Gaulkan gula, garam dan sedikit cuka sehingga sebati. 
  6. Masukkan semua bahan dalam bancuhan cuka. Gaul rata. 
  7. Hidangkan bersama nasi dagang. 

Petua Mudah Mengupas Kulit Kentang


Rendam kentang dengan air garam semalaman. Esoknya, boleh kupas kulit kentang pakai jari aje....
Tapi dari segi khasiat, tak pasti la pula. Takut vitamin larut air habis semua dek kena rendam semalaman. Ada sesiapa yang tahu?

Resepi Roti Sardin Rangup

Sumber : Saji Online

Bahan-bahan :
10 keping roti
1 tin sardin kecil
1 ulas bawang besar - dicincang halus
1 biji telur
sedikit serbuk roti oren 
3 ulas bawang merah - dikisar
1ulas bawang putih - dikisar
4 tangkai cili kering
Sedikit minyak masak


Caranya :

  1. Tumis bahan kisar. 
  2. Masukkan sardin yang telah dihancurkan.
  3. Kacau rata dan masukkan bawang cincang.
  4. Masak hingga garing.
  5. Ambil roti, letakkan sardin ditengah-tengahnya.
  6. Kepitkan dengan acuan karipap - kena beli acuan karipap la ni :P
  7. Celup dalam telur dan salut dengan serbuk roti.
  8. Goreng!

Resepi Creamy Butter Prawn


Creamy butter prawn ni, menu wajib kalau macam kat chinese food restaurant. Rupa-rupanya, takde la susah mana. Bahan-bahannya pun simple sahaja. Cuma rajin atau malas aje la.... So, menu ni, masuk dalam wish list. Erkkk... hujung-hujung bulan kot.... saya sebenarnya allergic seafood, tapi, makan aje.... tahankan lah kegatalan tu. Sementelah asyik makan ketam sekarang ni, tunggu kegatalan ini reda, baru ditambah kegatalan baru. Uhuuuu...


Resepi dan gambarnya yang sangat marvelous ni, dari sue-hasue. Jangan marah ye..... nampak sedap.

Bahan-bahan :

300 gram udang

5-7 helai daun kari
2-3 biji cili padi
100ml susu cair
50gram butter
Garam dan gula secukup rasa

Caranya :

1. Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak cukup panas)
2. Masukkan udang dan goreng sehingga kemerahan. angkat dan toskan
3. Cairkan mentega dalam kuali lain
4. Bila dah berbuih, masukkan susu cair. Kacau sebati sehingga agak pekat.
5. Kemudian masukkan garam, gula, cili padi, daun kari dan udang. Gaul rata dan tutup api.
6. Kalo suka, boleh taburkan cheese...

Resepi Hati Lembu Goreng

Bahan-bahan :
Hati lembu
Seinci kunyit hidup - ditumbuk

Seinci halia - ditumbuk
5 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu kecil ketumbar - ditumbuk
sedikit garam - ditumbuk
lada hijau

lada merah
Sebiji bawang besar, dimayang
Sedikit minyak masak

Sebiji jus limau nipis / kasturi
Sebiji tomato
Daun bawang - hiris kasar

Cara : 

  1. Perap hati lembu yang dipotong kecil dengan bahan-bahan yang ditumbuk.
  2. Masakkan hingga airnya hampir kering.
  3. Masukkan sedikit minyak masak. Kacau hingga masak.
  4. Masukkan tomato, bawang besar, cili dan jus limau.
  5. Kacau-kacau, masukkan daup bawang untuk hiasan. Siap!

Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap

Bahan-Bahan: 
2 keping ikan tenggiri
Sedikit kicap pekat manis
2 sudu besar cili kisar
Sedikit minyak
Kunyit
Garam 
1 labu bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - dimayang
2 biji cili hijau - aksesori
2 biji cili merah - aksesori

Sebiji tomato - jika suka
Sedikit serbuk lada itam

Cara: 

  1. Ikan diperap garam dan kunyit.
  2. Goreng ikan hingga masak - jangan garing, asalkan masak sahaja.
  3. Tumis cili kisar hingga garing.
  4. Masukkan bahan-bahan yang dimayang.
  5. Masukkan kicap, cili hijau, cili merah dan tomato.
  6. Masukkan lada hitam.
  7. Masukkan ikan tadi dalam 2 minit dan SIAP!

Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas

Bahan-bahannya :
2 keping ikan tenggiri

2 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
2 inci halia - dikisar
Cili kisar
Daun kesum
Asam jawa - kalau tiada boleh ganti dengan asam keping, tapi rasa dia kurang kick
Tomato / bendi / lada hijau

Caranya :

  1. Tumis semua bahan kisar.
  2. Masukkan air, air asam jawa dan garam secukup rasa.
  3. Masukkan tomato. - lagi awal lagi bagus
  4. Masukkan ikan.
  5. Masukkan bendi / cili hijau.
  6. Masukkan daun kesum dan hidang.

Petua Mengekalkan kesegaran Sayuran





Ini petua dari buku. Boleh dicuba. Untuk kembalikan kesegaran sayuran yang lama disimpan dalam peti air, rendamkan sayuran itu ke dalam cuka selama beberapa minit. Selain menyegarkan, ia juga membersihkan sayuran tersebut. Jangan lama-lama, takut vitamin larut pula dalam cuka tu. Rugi :)

Resepi Bihun Goreng Simple

Bihun goreng simple. Maaf la kalau tuan punya blog update resepi simple-simple. Saya budak baru nak belajar memasak. Kalau nak tunggu resepi hebat-hebat, memang xde la..... Kene hunting cari resepi orang lain. Hehehe...


Bahan-bahannya :
Bihun
4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 biji telur
Sedikit isi ayam / udang
Sebiji tomato - potong dadu
Sebiji carrot - potong nipis memanjang ( mancis )
Seikat daun sup - sebab tak ada sayur
Sedikit serbuk lada putih


Caranya :

  1. Bihun direndam hingga lembut.
  2. Tumis bawang.
  3. Masukkan isi ayam / udang.
  4. Masukkan tomato.
  5. Masukkan telur. Kacau.
  6. Masukkan garam, carrot dan sedikit air.
  7. Masukkan bihun dan serbuk lada putih.
  8. Kacau sebati, masukkan sayur.
  9. Tambah garam secukup rasa, Siap!



Dimakan bersama sambal bilis :D

Petua Membersihkan Siput Sedut


Ini petua orang tua-tua. Untuk membersihkan siput sedut, ambil hampas kelapa. Gaulkan bersama siput sedut yang masih hidup dan dibiarkan semalaman. Esoknya, baru la siang siput itu, cuci dan masak. Bau lumpur akan hilang, rasa lemak bertambah. Tentunya masakan siput sedut bertambah enak :D

Resepi Kerabu Ikan Bilis

Resepi mudah dan sedap. Ambil dari aneka resepi.

Bahan-bahan :
1/2 kg ikan bilis dikopek dan digoreng garing
2 ulas bawang besar - dihiris
1 biji tomato - dihiris
3 helai daun limau - dihiris
1 kuntum bunga kantan - ditumbuk halus
3 batang serai - ditumbuk halus
7 tangkai cili padi - ditumbuk halus
1/2 cawan kecil perahan limau nipis
Garam dan gula secukup rasa

Caranya :

1. Ambil ikan bilis yang telah digoreng garing lalu campurkan bahan-bahan yang telah dihiris dan ditumbuk halus tadi.
2. Masukkan air perahan limau.
3. Campurkan secubit garam.
4. Sedia dihidang.

Petua Merangupkan Ayam Goreng


Untuk mengekalkan kerangupan ayam goreng, masukkan sebiji telur ayam semasa memerap ayam. Ayam diperap bersama garam, kunyit, halia dan telur. Pasti sedap dan rangup.

Resepi Ikan Pekasam Goreng

Pic frm Mr. Google
Bahan-bahannya : 
Ikan pekasam - apa-apa jenis pun
10 tangkai cili kering
Sedikit lada merah
Selabu bawang besar
Sebiji limau kasturi / sedikit perahan lemon

Caranya :
  1. Ikan pekasam digoreng garing. Ketepikan.
  2. Minyak yang sama diguna untuk goreng cili kering, lada merah, dan bawang besar.
  3. Setelah garing, masukkan ikan pekasam tadi. Kacau, dan angkat.
  4. Perahkan limau / lemon sebelum dihidang.

Resepi Sup Ayam


Bahan-bahan :
6 ketul ayam
Rempah tumis - cengkih, bunga lawang, kayu manis 
Rempah sup bunjut ADABI
Sebiji tomato
Sedikit lada hitam
Daun sup & daun bawang
5 ulas bawang merah - dimayang halus / ditumbuk
3 ulas bawang putih - dimayang halus / ditumbuk
Seinci halia - di mayang halus
Dua biji limau kasturi - diambil jusnya


Caranya :

  1. Tumis bawang dan halia.
  2. Tumis rempah tumis.
  3. Naik baru, masukkan rempah sup bunjut dan ayam dalam 2 minit. Kacau.
  4. Masukkan air.
  5. Masukkan tomato.
  6. Apabila ayam masak, masukkan serbuk lada hitam.
  7. Tunggu sup pekat sedikit.
  8. Masukkan garam, daun sup dan daun bawang.
  9. Campurkan jus limau kasturi.
  10. Siap!



Sedap juga jika dimasukkan kentang dan carrot :D

Resepi Mempedal Ayam Goreng


Newbie memang macam ni. Dia dapat satu resepi, kalau sedap, try apply kat menu lain. So, dari menu ini, kita try pula buat untuk mempedal ayam. Betul ke mempedal? Atau pedal? Atau hempedal? Tak pasti pula...

Bahan :
500 mempedal ayam 
5 s/b minyak 
1 s/k kunyit 
1 s/k garam 
3 biji limau kasturi [ambil jusnya] 
1 pokok daun bawang [potong pendek] 

Bahan hiris :
1 labu bawang besar 
3 tangkai cili merah 
5 tangkai cili api 
3 ulas bawang putih 
3 cm halia 

Cara :
1. Mempedal ayam dibersihkan dan toskan kering. Gaulkan dengan kunyit dan garam. 
2. Panaskan minyak dan masukkan mempedal ayam. Biarkan sehingga masak. 
3. Kurangkan sedikit minyak dan masukkan bahan hiris. Kacau rata. 
4. Bila telah layu masukkan jus limau dan daun bawang. Kacau rata. 
5. Masukkan dalam pinggan dan hidangkan. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...