777

Resepi Daging Masak Black Pepper



Daging masak black pepper? Daging masak lada hitam lah tu. Makannya, memang sedap! Lagi banyak lada hitam tu, lagi kick! Tapi, kena tahan panas la. Pedas tu, tak sangat. Tapi, terasa la bahang lada hitam.

Bahan-bahan :
1/2 kg daging - hiris nipis
1 labu bawang besar - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
Sedikit halia - ditumbuk
Sedikit serbuk kunyit
3 sudu besar sos cili
Sedikit sos tomato
2 sudu lada hitam - ditumbuk
Kicap cair dan kicap pekat

Caranya :
  1. Perap daging dengan bahan tumbuk, sos cili, sos tomato, kicap, kunyit dan garam - lagi lama, lagi sedap!
  2. Goreng daging hingga empuk.
  3. Masukkan air. Jika nak kering, air sedikit sahaja. Jika nak berkuah, lebihkan air.
  4. Setelah masak, hias dengan daun bawang dan daun sup.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...