777

Resepi Cendawan Sisir Masak Lemak


Pernah lihat atau makan cendawan sisir? Atau juga dikenali dengan nama kulat? Susah juga nak jumpa di KL. Jarang-jarang ada. Kenangan makan masa kecil-kecil dulu di kampung.

Nak masak pun, boleh dimasukkan udang, kepah apa sahaja ikut suka. Ada juga yang buat masak lemak putih.


Bahan-bahan :
2 piring cendawan sisir
1 cawan santan pekat
2 labu bawang besar - dikisar
2 batang serai - dititik
1" kunyit hidup - dikisar
Sedikit cili padi - dikisar
Segenggam ikan bilis - dikisar
Sedikit garam

Caranya :

  1. Masukkan bahan kisar bersama santan.
  2. Masukkan cendawan.
  3. Biar mendidih, perasakan dengan garam.
  4. Jangan samapi naik minyak, nanti kurang sedap.

Resepi Nasi Goreng Ayam Goreng

Menu breakfast di hujung minggu. Sambil menonton rancangan kartun, sambil mengisi perut. Cukuplah dengan lebihan nasi malam tadi :) Ayam goreng tu pun, yang malam tadi punya. Hiihi... 


Nasi goreng ni, memang versi tak pedas langsung. Saya makan bersama sambal cili yang ada :) Memudahkan diri kerana tidak perlu menyediakan makanan lain untuk anak kecil.


Bahan-bahannya :
Nasi - 2 cawan
Dua ketul ayam goreng
Sekeping fishcake - dipotong 
2 ulas bawang putih - ditumbuk 
1 ulas bawang merah - ditumbuk 
Sedikit mixed vege
Sebelah limau kasturi
Garam
Sedikit bilis goreng
Sedikit bawang goreng
Lada merah - dihiris halus
Telur mata kerbau
Lada sulah
Kicap / sos - jika suka

Caranya :
  1. Tumis bawang merah, bawang putih sampai wangi.
  2. Masukkan sedikit garam. Perahkan limau nipis.
  3. Masukkan ayam goreng yang telah dicincang.
  4. Masukkan fishcake.
  5. Masukkan mixed vege.
  6. Masukkan nasi, dan kemudian gaul rata. 
  7. Perasakan dengan garam dan sedikit lada sulah.
  8. Taburkan hirisan cili, bilis dan bawang goreng.

Petua Menghilangkan Pahit Peria

Gambar : Google

Kata orang tua, pahit itu ubat. Bermakna peria itu ubat : sememangnya peria banyak khasiat terhadap kesihatan dan kecantikan.

Namun, tak ramai orang yang gemar makan peria dek kerana rasanya yang pahit. Untuk mengurangkan pahit peria, hiris peria sebeum dimasak. Gaulkan dengan garam kasar selama lebih kurang lima minit sebelum dibasuh beberapa kali dan dimasak mengikut kesesuaian. Insya Allah peria akan berkurang pahitnya.

Lepas tu, boleh la dimasak. Kecur pula bila teringatkan peria :)

Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap


Sesekali masak kicap memang sedap. Tukar selera.


Bahan-bahan :
2 keping ikan tenggiri
Sedikit serbuk kunyit *
Garam *
2 ulas bawang putih - tumbuk *
1 ulas bawang putih - mayang
2 ulas bawang merah
1/2 labu bawang holland - potong membulat
1/2 inci halia
2 sudu makan cili giling
1 keping asam gelugur
Sedikit daun bawang dan daun sup - mayang halus
Sedikit kicap masin
Sedikit kicap manis
1 biji limau kasturi
Sedikit capsicum
Setengah biji tomato

Caranya :
  1. Perap ikan dengan bahan *
  2. Goreng ikan sehingga masak - jangan garing. Cukup sekadar masak.
  3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili sehingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan garam, kicap, asam gelugur dan sedikit air.
  5. Masukkan tomato dan capsicum.
  6. Masukkan ikan. Biar hingga kuah pekat sedikit.
  7. Perahkan limau kasturi.Masukkan daun bawang dan daun sup. Kacau sekejap dan siap :)

Resepi Rendang Ayam





Baru je Syawal berlalu. Dah teringin nak makan rendang. Rendang ayam. Ini lah kali pertama masak rendang bubuh kerisik. Selalunya, tekak tak berapa nak terima ada kerisik ni. Nak kelainan, cubalah. Sedap! Resepi pun mudah - inilah yang membuatkannya makin sedap. Sebab mudah :)

Resepi yang selalu diguna yang ni.


Sumbernya dari sini

Bahan-bahan :

1/2 kilo ayam- kerat kasar2
2 biji bawang besar*
1 inci lengkuas*
1 inci halia*
3 batang serai*
10 tangkai cili kering* (bahan * di mesin)
1 sudu besar gula perang/gula melaka
1 sudu besar kunyit serbuk-saya pakai kunyit hidup
1 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit- mayang halus - tiada
1 kotak santan (200ml)
2 kpg asam keping
Garam


Caranya :

  1. Tumis bahan mesin sampai pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, gula melaka dan kunyit serbuk. Masak sampai ayam agak empuk.
  3. Masukkan santan dan asam keping. Masak sebentar dgn api perlahan.
  4. Masukkan daun kunyit dan kerisik. Masak sampai kuah agak pekat.
  5. Perasakan garam.
  6. Siap. 
Silap la sebab lupa nak beli daun kunyit. Kalau tak, memang wangi tak hengat la baunya. 

Resepi Daging Dendeng


Resepi yang sedap ni, datangnya dari sini. Katanya resepi turun temurun. First time try, menjadi! Mudah dan sedap. Cuma, lama sikit la nak merebus daging tu. Thumbs up! 


Basah sikit... resepi asal ni kering. Terlebih santan kot. Haha... Next time cuba lagi :)

Bahan-bahannya :
½ kilo Daging (Direbus sehingga empuk)
2 biji Bwg Merah, 3 ulas bawang putih, ¾ halia (dikisar halus)
4 sudu besar cabai kisar
Minyak Masak (utk menggoreng daging dan menumis)
Bahan perasa - garam
2 sudu air asam jawa
1 cawan santan
½ cawan air
Kicap (untuk gaul bersama daging)

Caranya :
A:
  1. Potong daging nipis-nipis
  2. Tumbuk daging tersebut sehingga agak lembut
  3. Gaul daging yang telah ditumbuk dengan kicap
  4. Goreng daging tersebut sehingga separuh masak

B:
  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau dan masukkan cabai kisar sehingga cabai masak
  2. Masukkan air asam jawa dan air
  3. Masukkan daging yang telah digoreng tadi
  4. Gaul rata dan masukkan santan serta bahan perasa (anggaran dalam 5-7 minit)
  5. Sedia untuk dihidang
Makan dengan ketupat atau nasi impit, memang sedap. Makan dengan nasi pun boleh :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...