777

Resepi Lada Jeruk

Bahan-bahan :
Lada hijau secukupnya
Cuka apple


Caranya :

  1. Potong lada hijau.
  2. Masukkan dalam bekas.
  3. Tuang cuka apple secukupnya.
  4. Simpan dalam peti sejuk.
  5. Siap :)
*cili jeruk ini sangat masam. Untuk kurangkan masam, boleh campur sedikit garam dan gula

Resepi Lassi Mangga

Bahan-bahan : 
3 biji mangga
Susu segar
4 cup calsiyam anggur
Sesudu brown sugar
Sedikit ais


Caranya :

  1. Kupas mangga. Asingkan biji.
  2. Blend semua bahan di atas.
  3. Siap :)



Sedap dan menyegarkan :)

Resepi Ayam Kukus

Bahan-bahan :
4 ketul ayam
1 inci halia - ditumbuk
Sedikit lada hitam - ditumbuk
2 batang serai - dititik
6 ulas bawang merah - ditumbuk
Sedikit jus lemon
Garam
Air
Kicap
Carrot - dihiris
Tomato - dibelah 4


Caranya :

  1. Perap ayam dengan bahan tumbuk, serai, lemon, kicap dan garam.
  2. Masukkan sedikit air.
  3. Kukus ayam hingga hampir masak.
  4. Masukkan carrot dan tomato.
  5. Kukus hingga ayam masak.
  6. Siap :)


Resepi Sotong Masak Kicap

Bahan-bahan :
5 ekor sotong putih
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 labu bawang besar - dihiris
Serai - dititik
Sedikit lada hitam
Sedikit cili padi - diketuk
Kicap 
Air
Garam - jika perlu
Halia - ditumbuk
Tomato ceri
Carrot - dihiris
Lada merah - dihiris


Caranya :

  1. Tumis bahan tumbuk, serai, lada hitam dan cili padi.
  2. Masukkan air dan kicap.
  3. Masukkan sayur-sayuran dan bawang besar.
  4. Masukkan sotong.
  5. Sesuaikan rasa dengan garam ( jika perlu ).
  6. Siap :)

Resepi Nasi Goreng Daging

Bahan-bahan :
Segenggam daging - dipotong kecil ( perap dengan bahan bertanda * )
2 ulas bawang merah - ditumbuk 
2 ulas bawang putih - ditumbuk - utk nasi
4 ulas bawang putih - ditumbuk * - utk perap daging
Seinci halia - ditumbuk *
Sebatang serai - ditumbuk *
Garam - ditumbuk *
Sedikit carrot - dihiris panjang
Lada merah - dihiris
Kacang panjang - dihiris  
Sedikit kobis - dihiris
Sebiji telur
Sehiris lemon


Caranya :

  1. Goreng daging yang telah diperap. Ketepikan.
  2. Tumis bawang hingga wangi.
  3. Masukkan daging goreng.
  4. Perahkan lemon. Masukkan garam.
  5. Pecahkan telur.
  6. Masukkan sayuran.
  7. Masukkan nasi.
  8. Kacau sebati.
  9. Sesuaikan rasa dengan garam.
  10. Siap :)

Resepi Kek Black Forest

Bahan-bahan :
120 gm gula kastor
100 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
4 biji telur
10 gm ovalette
20 gm air
Esen vanilla
20 ml minyak jagung


Hiasan :
Nondiary whipping cream
Jem blueberry
Ceri merah
Chocolate rice


Caranya :

  1. Campurkan semua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan tinggi selama 10 - 15 minit.
  2. Perlahankan putaran. 
  3. Masukkan minyak.
  4. Griskan loyang. MAsukkan adunan dan bakar selama 30-35 minit.
  5. Sejukkan kek. Potong 2 lapisan. Sapu krim dan letakkan beri.
  6. Naikkan kek atas lapisan yang telah disapu krim dan sapu semua bahagian kek dengan krim.
  7. Hias ikut citarasa.



Sumber : MyResepi

Resepi Taugeh Goreng Udang

Bahan-bahan :
Taugeh
Kucai
2 keping tauhu - goreng dan hiris kasar
3 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
Udang
Garam


Caranya :

  1. Tumis bawang.
  2. Masukkan tauhu dan udang.
  3. Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan kucai dan taugeh.
  5. Sesuaikan rasa dengan garam.
  6.  Siap :)

Resepi Ketam Masak Lemak

Bahan-bahan :
Ketam besar - dibersih dan diketuk untuk mudah makan
6 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
3 biji lada merah - dikisar
Sedikit kunyit hidup - dikisar
Sehiris lengkuas - dikisar
Daun kunyit
Santan
Garam


Caranya :

  1. Jerang ketam dan bahan kisar.
  2. Masukkan asam keping dan santan.
  3. Masukkan daun kunyit.
  4. Sesuaikan rasa dengan garam.
  5. Setelah mendidih, angkat.

Petua Apabila Menggunakan Kuali Baru

Jika menggunakan kuali baru, kadang kala apabila menggoreng, masakan akan lekat di kuali. Untuk mengatasinya, masukkan air bercampur cuka ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana hingga air mendidih. Tutup api. Setelah sejuk basuh dan bolehlah digunakan seperti biasa.

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan :
Ayam
5 biji lada kering - dikisar
1 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
Sedikit halia - dikisar
Sedikit kunyit - dikisar
Sedikit tomato puree
Garam
Lada merah - dihiris
Tomato - dibelah 4

Caranya :
  1. Perap ayam bersama garam, kunyit dan halia.
  2. Goreng hingga masak - cukup setakat masak. Jangan garing.
  3. Tumis bahan kisar hingga wangi.
  4. Masukkan tomato puree, tomato dan lada merah. Tumis hingga naik minyak.
  5. Masukkan ayam.
  6. Sesuaikan rasa dengan garam.
  7. Siap :)

Resepi Nasi Lemak

Bahan-bahan :
Beras
Santan
Halia - ditumbuk
Bawang merah - ditumbuk
2 batang serai - dititik
Daun pandan - disiat dan disimpul
Garam


Caranya :

  1. Basuh beras.
  2. Masukkan air dan santan - mengikut jenis beras masing-masing.
  3. Masukkan bahan tumbuk, serai, daun pandan, bawang dan garam.
  4. Masak dalam rice cooker.
  5. Agak-agak nak masak, kacau perlahan nasi untuk meratakan santan.
  6. Siap.

Makan bersama sambal ikan bilis, sambal sotong, sambal kerang, sambal telur , puyuh goreng kunyit atau apa-apa lauk kesukaan anda :)

Resepi Sambal Sotong

Bahan-bahan :
Sotong
1 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
Sedikit halia - ditumbuk
10 tangkai lada kering - dibuang biji, kisar dan rebus
Asam keping
Garam 
Gula


Caranya :

  1. Tumis lada kering hingga masak.
  2. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. 
  3. Masukkan bawang kisar.
  4. Masukkan asam keping.
  5. Masukkan sotong.
  6. Masukkan air jika sambal kering.
  7. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
  8. Siap :)

Resepi Sup Labu

Bahan-bahan :
1/2 biji labu saiz sedang - kupas dan potong kecil
Sebiji bawang besar - didadu
100g butter
50g tepung gandum
100ml susu segar
700ml air
Garam
Serbuk lada sulah


Caranya :
  1. Panaskan butter hingga cair.
  2. Masukkan bawang besar. Goreng hingga layu dan wangi. 
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau rata.
  4. Masukkan air. Masak dengan api perlahan hingga labu empuk. Ketepikan.
  5. Setelah suam, kisar hingga halus.
  6. Masukkan semula ke dalam periuk dan masak atas api perlahan.
  7. Masukkan garam dan lada sulah.
  8. Biar kuah pekat sedikit.
  9. Masukkan susu segar.
  10. Biar mendidih, angkat.
  11. Siap :)
Resepi asal : MyResepi. Alter ikut apa yang ada di dapur.
Note : Next time kena kurangkan butter / try original recipe. Kurang sedap :(

Resepi Gulai Ikan Tongkol

Bahan-bahan :
1 kg ikan tongkol
2 - 3 ekor ikan kering
Sedikit udang 
Telur rebus
3 keping asam keping
4 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
Sedikit cili padi - dikisar
Sedikit lengkuas - dikisar
Sedikit kunyit - dikisar
Sedikit cili giling
Sedikit kelapa parut - dikisar
Santan
Cili merah
Cili hijau
Garam
Caranya :
  1. Rebus ikan tongkol bersama asam keping. Rebus dengan api kecil tanpa air. Ketepikan.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dengan api sederhana.
  3. Masukkan santan dan cili giling.
  4. Masukkan ikan kering, udang dan ikan tongkol.
  5. Masukkan telur rebus.
  6. Masukkan cili hijau dan merah.
  7. Sesuaikan rasa dengan garam.
  8. Mendidih je, angkat terus :)
  9. Siap.
Makan dengan nasi dagang.

Resepi Kek Ubi Kayu


Bahan-bahan :
3 cawan ubi kayu - sagat dan tapis
1 1/2 cawan tepung gandum - diayak
5 biji telur
200g butter
1 cawan gula
1/2 tin susu manis
Baking powder
Esen vanilla


Caranya :

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Masukkan tepung gandum dan baking powder.
  4. Masukkan susu pekat.
  5. Masukkan ubi kayu dan esen vanilla.
  6. Bakar 180c selama 45 minit - bergantung kepada oven masing-masing.

Birthday Cake?

Source : Google

It's my birthday :)

Resepi Maggie

Tekak teringin makan maggie ( + unsur-unsur kemalasan )


Bahan-bahan :
Sebungkus maggie kari
1 ulas merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
Sebiji lada merah - dihiris
Sebiji cili padi - dihiris
Sepotong limau nipis
Sedikit sawi
Sebiji telur 
Sebelah tomato.


Caranya :

  1. Tumis bawang hingga wangi.
  2. Jika ada udang, masukkan dua - tiga ekor.
  3. Masukkan air secukupnya.
  4. Masukkan lada, cili, tomato dan perencah maggie.
  5. Masukkan maggie.
  6. Masukkan sawi.
  7. Pecahkan telur.
  8. Sesuaikan rasa dengan garam.
  9. Perah limau nipis sebelum makan.
  10. Sedap :)

Resepi Sayur Kangkung Goreng

Bahan-bahan :
Kangkung - disiang dan dibersihkan
1 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
Segenggam ikan bilis - ditumbuk
Lada merah - dihiris
Garam


Caranya :

  1. Tumis bawang hingga wangi.
  2. Masukkan ikan bilis.
  3. Masukkan sedikit air dan garam.
  4. Masukkan lada merah.
  5. Masukkan kangkung. Kacau sebentar dengan api besar dan angkat.
  6. Siap :)

Resepi Gulai Lemak Ikan Kembung

Bahan-bahan :
Ikan kembung
Bawang merah - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Lengkuas - ditumbuk
Kunyit - ditumbuk
Asam keping
Santan


Caranya :

  1. Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali berisi sedikit air.
  2. Masukkan asam keping.
  3. Masukkan santan.
  4. Tunggu santan mendidih dan kuah menjadi agak pekat..
  5. Masukkan ikan.
  6. Sesuaikan rasa dengan garam.

Resepi Plain Butter Kek





Plain butter cake ni, serious my hubby suka. Sangat sedap dan lembut, not to mention sangat manissss.... 

Bahan-bahan :
250g butter
250g tepung naik sendiri
200g gula kastor ( kurangkan lagi kalau tak suka manis )
4 biji telur
1/2 cawan susu segar

Caranya :
  1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang-seli dengan tepung hingga habis.
  3. Masukkan susu segar.
  4. Pukul sebati.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit - ikut oven masing-masing.

Resepi Ikan Siakap Kukus Berserai



Bahan-bahannya :
Ikan siakap - saiz besar
5 ulas bawang putih - ditumbuk
3 ulas bawang putih - dihiris
1 batang serai - dititik
Sesudu lada sulah
Sedikit kicap masin dan manis
Garam
Carrot - dihiris
Jus limau
Air asam jawa
Celeri
Daun sup
Daun bawang
Secawan air


Caranya :

  1. Bersihkan ikan.
  2. Rendam ikan di dalam air asam jawa dalam 10 minit untuk hilangkan hanyir.
  3. Perap ikan bersama bawang putih yang ditumbuk dan serai.
  4. Masukkan semua bahan kecuali sayuran ke dalam loyang.
  5. Stimkan.
  6. Bila ikan hampir masak, masukkan sayuran.
  7. Siap :)
  8. Lebih sedap dimakan bersama sos.

Resepi Red Velvet Cupcakes


Resepi dan gambar copy and paste dari sini.


Red Velvet Cupcakes
2 1/2 cups sifted cake flour*1 teaspoon baking powder1 teaspoon salt2 tablespoons unsweetened cocoa powder2 oz. red food coloring (two bottles)1/2 cup unsalted butter, softened1 1/2 cups sugar2 eggs, at room temperature1 teaspoon vanilla extract1 cup buttermilk, at room temperature1 teaspoon white vinegar
1 teaspoon baking soda
1. Preheat oven to 350 degrees. Line two 12-cup muffin tins with cupcake papers.
2. Sift together the cake flour, baking powder, and salt into a medium bowl; set aside.  In a small bowl, mix food coloring and cocoa powder to form a thin paste without lumps; set aside.
3. In a large bowl, using a hand mixer or stand mixer, beat butter and sugar together until light and fluffy, about three minutes.  Beat in eggs, one at a time, then beat in vanilla and the red cocoa paste, scraping down the bowl with a spatula as you go.  Add one third of the flour mixture to the butter mixture, beat well, then beat in half of the buttermilk. Beat in another third of flour mixture, then second half of buttermilk. End with the last third of the flour mixture, beat until well combined, making sure to scrape down the bowl with a spatula.
4. In a small bowl, mix vinegar and baking soda.  Yes, it will fizz!  Add vinegar mixture to the cake batter and stir well to combine. Using an ice cream scoop, fill cupcake cups with cake batter (they should be 2/3 – 3/4 full).  You may not fill all the cups, I ended up with 20 cupcakes.  Place muffin tins on the middle rack of a preheated 350 degree oven.  Bake for approximately 20-22 minutes, rotating pans halfway through. Cupcakes are done when a toothpick inserted in the center comes out clean. Check early and don’t overbake!
5. Cool the cupcakes in their tins on a wire rack for 10 minutes then remove and allow to cool completely before frosting.  Frost cupcakes with cream cheese icing (recipe below) and decorate with red sprinkles if desired.  
6. Enjoy the cupcakes with those you love!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...