777

Resepi Cheesecake Chocolate Brownie


Akhirnya... Dapat resepi yang gorjes ni dari sini. Resepi ni, sangat rich chocolate! Kalau nak badan cantik, tak boleh la makan. Dah la ber cheese, chocolate lagi. Faveret!!!

Walaupun tak cantik, tapi suka! At least ada improvement la dalam membuat cake ni. Hihihi. Tiada seni.


Selalunya brownies kan kasar-kasar sikit. Yang ini lebih kepada kek. Maybe sebab namanya cheesecake kot. Ahaaa...


Resepi ini sangat manis. Next time, akan kurangkan sedikit lagi gulanya.

Bahan-bahan :
85g unsalted butter - potong kecil
110g bittersweet choc chips
110g gula - pakai 60g
2 biji telur ( besar ) - suhu bilik - sebatikan dulu 
70g tepung
1 sudu serbuk cocoa - pakai van houten
1/8 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan valhora choc pearls - hiasan atas - pakai choc chip
1/4 cawan pecans - ganti dengan walnuts


Cheesecake topping
200g cream cheese ( suhu bilik ) - pakai 280g cream cheese
1 iji kuning telur ( besar )
60g gula - pakai 30g
1/8 sudu kecil esen vanilla

Caranya :

  1. Panaskan oven 180 C
  2. Double boil butter dan coklat dalam api yang kecil. Kacau hingga sebati.
  3. Tutup api dan keluarkan dari kepanasan air. Kacau dengan gula dan telur.
  4. Masukkan tepung, serbuk koko, garam, esen vanilla dan walnuts. Masukkan ke dalam tray untuk dibakar.
  5. Dalam mangkuk lain, pukul sebati cream cheese, kuning telur, gula dan esen vanilla hingga sebati.
  6. Letakkan cream cheese di atas adunan brownie. Taburkan choc chip di atasnya.
  7. Bakar selama 40 minit.
  8. Sejukkan dahulu sebelum dihidang.

Resepi Ikan Bakar Lemak Pandan


Ikan bakar lemak pandan. Tengokkan rupa, macam ikan percik pun ada. Tapi, bukan. Kalau nak kata ikan percik, akan jadi versi... entah. Bukan! Bukan ikan percik.

Simple aje resepinya. Lawannya, air asam atau sambal kicap. Saya suka sambal kicap. Sedap :)


Rasanya, kalau nak dicuba dengan ayam pun ok.

Bahan-bahan :
2 ekor ikan - ikan kembung
2 helai daun pandan

Kuah = dikisar :
125 ml pati santan 
3 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
Garam  
Sedikit air

Caranya :
  1. Panaskan oven - saya pakai 200C
  2. Lilit ikan dengan daun pandan
  3. Lapiskan loyang dengan daun pisang - kalau guna daun kunyit, wah, baunya semerbak
  4. Susun ikan atas daun
  5. Tuang santan atas ikan
  6. Bakar ikan hingga masak dengan pintu oven yang direnggangkan sedikit
  7. Siap :)
  8. Hidang dengan air asam atau sambal kicap.

Menu macam ni sesuai jika kita sedang mengejar masa. Hanya perlu letakkan semuanya di dalam oven dan sementara itu, boleh membuat kerja lain. 

Resepi ni, saya ambil dari sini. Tq untuk resepi yang mudah ini :)

Daun pandan tu, patutnya, sembat lah dengan lidi. Tapi, dah tak ada, main letak macam gitu aje.

Resepi Bihun Sup Daging


Bihun sup daging. Simple sahaja, namun tetap dapat dinikmati dengan berselera. Di match kan pula dengan sambal kicap. 


Bahan-bahan :
Bihun - celur dan toskan
1/2 kilo daging - dihiris halus
4 biji bebola daging
1 biji kentang - potong kecil
1 labu bawang besar - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
Sedikit carrot
Sedikit halia - hiris 
1 paket sup bunjut
Sedikit rempah empat sekawan
Air
Garam
2 sudu jus lemon - ikut suka masam mana
Bawang goreng
Daun sup - dihiris halus
Daun bawang - dihiris halus

Caranya :
  1. Tumis bawang dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan rempah sup dan sup bunjut. 
  3. Masukkan air.
  4. Masukkan daging. Biar daging empuk.
  5. Masukkan bebola daging.
  6. Masukkan kentang.
  7. Masukkan carrot.
  8. Masukkan garam.
  9. Setelah mendidih, masukkan daun sup, daun bawang dan sedikit jus lemon.
  10. Hiaskan dengan bawang goreng.
  11. Hidangkan dengan sambal kicap.


Sambal kicap ni pun, mudah nak membuatnya. Hanya perlu goreng bawang putih dan cili padi. Kisar / tumbuk. Masukkan kicap masin dan perahkan lemon.




Resepi Tomyam Seafood


Sesekali beralih kepada tomyam seafood pun sedap. Asyik-asyik ayam sahaja. Walaupun sedap tomyam ayam, sesekali pekena tomyam seafood terasa macam puas.

Bahan-bahan :
10 ekor udang - buang kulit dam kepala
3 ekor sotong - potong membulat
Segenggam lala 
2 batang serai - dititik
Sedikit lengkuas
Cendawan tiram putih - ikut suka
1 labu bawang besar - potong membulat
5 biji cili padi - ketuk
2 biji tomato - belah 4
3 - 4 helai daun limau purut
Sedikit daun Ketumbar
Sedikit jus lemon / limau nipis
1 paket pes tomyam - adabi
Cendawan kering - rendam bagi kembang
Air

Caranya :
  1. Didihkan air dalam periuk.
  2. Masukkan pes tomyam, tomato dan serai.
  3. Masukkan udang, lengkuas, daun limau purut, cili padi, cendawan tiram dan cendawan kering serta bawang merah.
  4. Masukkan sotong dan lala. Biarkan mendidih sebentar. Jangan lama, nanti sotong akan keras.
  5. Masukkan garam, jus lemon dan daun ketumbar.
  6. Siap!





Resepi Roti Pizza Bolognese




Menu untuk bersahur yang sangat simple. Makan panas-panas. Fresh from oven. Mata tertutup-tutup pun, mulut mesti gerak. Haaa.

Resepi ni, sebenarnya menggunakan inti bolognese dari sini. Inti dah ada, so, penyediaannya sangat mudah. Kalau bangun lambat pun, sempat :)

Oles tray dengan butter. 



Celup roti pada telur. Susun roti dalam tray. Letakkan inti. Letakkan ikut suka banyak mana. Kemudian, taburkan parutan mozarella. 

Bakar dalam oven dalam suhu 180C selama 30 minit.

Siap aje, letakkan cili sos ( jika suka ) dan tambahkan sedikit mayonis.

Resepi Spegatthi Bolognese


Menu berbuka puasa! Spegatthi Bolognese. Cara yang ni, simple mimple sahaja. Dulu, resepinya, letak susu segar. Memang sedap! Tapi, kan tak elok makan daging dengan susu. Hihihih.



Bahan-bahannya :
Spegatthi - rebus dengan sedikit garam dan olive oil
300gm daging cincang
1 tin cendawan butang - hiris halus
3 biji tomato - potong dadu
3/4 biji bawang holland - potong dadu
5 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 bawang carrot - potong dadu
8 sudu besar sos tomato - saya pakai sos ready made
serbuk oregano kering
daun parsley
Garam
Sedikit air

Cara-cara :
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih. - gunaolive oil.
  2. Masukkan tomato. Biar hancur.
  3. Masukkan daging cincang. Tunggu daging masak.
  4. Masukkan air.
  5. Masukkan carrot.
  6. Masukkan sos tomato, cendawan butang, oregano.
  7. Perasakan dengan garam.
  8. Masukkan sedikit air - saya suka yang berkuah sedikit.
  9. Masukkan daun parsley. Siap!
  10. Hiaskan dengan parutan cheese!

Resepi Muffin Vanilla


Muffin vanilla dari sini

Bahan-bahan :

8 tbsp mentega, dicairkan
4 cawan tepung
2 cawan gula - kurangkan 3/4 cawan
2 cawan susu segar
4 tbsp baking powder
1 tsp garam
2 biji telur
1 tbsp esen vanilla

Cara-cara :
  1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
  2. Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
  3. Bakar selama 40minit/280C.


Chocolate cip tu, saja tambah. Resepi ni, serba guna sebenarnya. Boleh dicampurkan dengan pelbagai perisa. Nak buat choc marble, starwberry, blueberry semua boleh.

Yang ini, balance. Dah cukup nak masukkan dalam cup besar :)



Resepi Sotong Goreng Tepung


Sotong goreng tepung untuk berbuka. Tak menyempat nak snap gambar yang dah masak :)

Bahan-bahan :
Sotong - dicuci dan potong memanjang
2 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk cili
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukupnya
Sebiji telur 

Caranya :
Lap sotong dengan tuala bersih - macam dalam masterchef :)
Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk cili, serbuk lada hitam dan garam.
Celup sotong dalam telur.
Salutkan dengan campuran tepung.
Goreng dan siap!

Goreng dengan api banyak ye.

Resepi Ayam Masak Kurma

Kalut nak berbuka puasa sebenarnya. Jadilah gambar macam ini. Hanya ada gambar dalam kuali. Memang tiada plating cantik-cantik la dalam blog ni. Gambar yang telah dihidang, lupa pula nak snap. Hihihiih.... 


Bahan-bahannya :
Ayam
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
sedikit halia
rempah tumis - bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis
rempah kurma
Santan
Sebiji kentang
Lada merah
Garam

Caranya :
  1. Perap ayam dengan halia dan garam.
  2. Tumis rempah tumis dan halia.
  3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan lada besar. Apabila naik bau, masukkan rempah kurma dan air.
  4. Tunggu pecah minyak.
  5. Masukkan ayam.
  6. Apabila ayam nak masak, masukkan santan dan garam.
  7. Tunggu kuah pekat sikit, angkat. 
  8. Siap.
Campakkan juga tomato dan carrot - senang dan berkhasiat.

Resepi Donut

Donut untuk berbuka puasa. Kenapa? Mudah dan senang. Orang yang baru nak jenguk-jenguk ke dapur, sesuai sangatlah kalau ada menu yang simple macam ni. Hihihi.

Doh donut yang telah dibulat-bulatkan.



Donut untuk berbuka puasa. Boleh juga refer sini.


Buatkan lubang di tengah. Yang ini belum naik lagi. Biar naik cantik, baru goreng.


1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil dry instant yis - saya pakai mauripan
secubit garam
sesudu susu - susu segar / susu tepung / susu pekat - untuk lembutkan doh
sebiji telur
1/5 cawan butter 
minyak untuk menggoreng
sedikit air suam - saya pakai air paip :)
*kalau nak rasa lemak manis, letak gula sedikit - saya tak letak sebab nanti kita akan tabur gula juga

Cara Penyediaannya :
  1. Bancuh garam dalam air.
  2. Satukan tepung, yis, butter dan susu.
  3. Masukkan telur. 
  4. Uli lembut. Ketepikan hingga doh naik 2 kali ganda.
  5. Uli lembut dan bentukkan donut.
  6. Tunggu hingga donut naik cantik.
  7. Goreng.
Tips untuk donut yang lembut : doh tu, biar naik. Setelah naik, uli lagi dan terus bentuk. Goreng sebaik sahaja ia naik semula. Jika di biarkan terlalu lama, donut akan keras.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...