Resepi ini telah diceduk direct dari sini. Nampak sangat yummy. Saat ini, memang teringin sangat2 menikmati dessert yang manis2. Ice cream dalam freezer pun macam memanggil-manggil. Dapatkah bersabar utk malam ini sahaja? Dah malam ni..... tolong la.... esok makan lah puas-puas :D
4 auns coklat masakan (unsweetened), dicincang
1/2 cawan mentega (unsalted), potong kepingan-keping
1 1/4 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur (size besar)
3/4 cawan tepung serba guna
1/4 sudu teh garam
Panaskan ketuhar untuk 325° F
Susun 12 kertas cawan kek pada acuan.
Cairkan coklan dan mentega di dalam mangkuk secara double boil.
(Coklat dan mentega di cairkan di dalam mangkuk yang diletakkan dalam periuk air yang mendidih, pastikan air yang mendidih tidak memasuki mangkuk)
Setelah coklat dan mentega cair sepenuhnya, tutup api dan sejukkan coklat tersebut seketika.
Setelah mencapai suhu bilik, masukkan gula, dan esen vanilla. Kacau rata.
Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
Masukkan garam dan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis dan sebati.
Setelah sebati, agihkan adunan ke dalam setiap cawan kek yang telah disusun tadi.
Bakar selama 20 minit/ masak (uji dengan lidi)
Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sehingga suhu bilik.
Krim Putar Mentega Coklat
1-2 sudu makan susu
1 sudu makan serbuk koko
6 sudu makan mentega lembut
3/4 cawan serbuk gula (gula aising)
Coklat cip untuk hiasan.
Potong mentega kecil-kecil dan masukkan ke dalam mangkuk/ mesin pemutar.
Pukul/putar sehingga lembut dan berkrim.
Ayak serbuk koko dan gula ke dalam mangkuk/ mesin pemutar sedikit demi sedikit sehingga habis.
Setelah adunan sebati, masukkan susu dan kacau/putar rata.
Hias kek cawan yang telah dimasak tadi dengan Krim Putar Mentega Coklat seperti dalam gambar di atas. Tabur coklat cip untuk hiasan.
Salam, ummi minta izin, nak salin kek cawan ni, memang sedap sangat nampak...
ReplyDelete@umiross : silakan. saya pun blom try... ngeh3
ReplyDeletesusu ape kak?
ReplyDelete