777

Resepi Ayam Panggang


Bahan - bahan :
Ayam
sedikit lada hitam - tumbuk
sedikit serbuk ketumbar
sedikit minyak zaiton
sebatang serai dikisar
3 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
sedikit halia - dikisar

Cara Penyediaan :
1. Perap ayam bersama bahan-bahan diatas ( lebih lama lebih sedap ).
2. Simpan dalam peti.
3. Bakar dan hidangkan.


Resepi Nasi Beriani Udang



Bahan-bahan :
600 gm udang sederhana besar (lagi besar, lagi sedap)
2 tin susu beras siam
2 tin susu cair
4 sudu makan minyak sapi
2 labu bawang besar ( mayang halus )
Segenggam bawang besar ( tumbuk lumat )
2 hiris halis
2 ulas bawang merah ( mayang halus )
2 ulas bawang putih ( untuk menumis )
Daun pandan
Kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga

Caranya :
1. Udang dibersihkan
2. Cuci dan toskan beras
3. Masukkan minyak sapi. Tumis bawang, halia, kulit kayu manis, bunga    cengkih dan buah pelaga
4. Masukkan 2 tin susu cair
5. Masukkan bawang yang telah ditumbuk dan sedikit garam
6. Apabila mendidih, masukkan beras dan daun pandan. Masukkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa
7. Goreng udang sehingga separuh masak.
8. Masukkan udang ke dalam nasi yang hampir masak. Gaulkan.
9. Masukkan bawang besar yang telah dimayang.
10.Hidangkan bersama acar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...