777

Teppanyaki Sedap Di Mid Valley

Kami peminat teppanyaki. Kalau tak tahu apa nak di makan { silap istilah ni.... }, makan la teppanyaki. Tapi... setakat ni, memang kena jalan jauh sedikit untuk makan teppanyaki. Kenapa? Kerana banyak teppanyaki yang telah dicuba, hanya di food court Mid Valley aka Food Junction yang memikat selera. 



Teringin nak duduk berdepan dengan chef. Tapi, bila ada anak kecil, hurmmmm... memang tak selesa. Takut baby panas. Mesti meleleh air liur bila tengok chef masak kan? Sementara menunggu menu sendiri siap, agak-agak bergelen air liur tertelan. Hihihihi.




Menu favourite saya dan husband : beef teppanyaki. Adam pula akan order salmon teppanyaki yang dikongsi bersama Aleesya.

Nampak sedap kan gambar di atas? Haaaa... rasanya seindah rupa. Marvellous!

Owhhhh... portion sayuran yang di beri adalah banyak. Memang heaven bagi penggemar sayur. Bagi yang tak makan sayuran, kikikiki... makan la lauk sahaja. Nak diberi kepada partner sayur tu pun, kenyang dahhhh... sayur di dalam plate sendiri pun dah cukup banyak!



Meh nak cerita sikit. Teppanyaki di sini dihidangkan bersama main dish : beef/salmon tadi dengan nasi di dalam mangkuk. Anda juga akan diberi semangkuk sup ubi Jepun. Secara personal, saya tidak sukakan rasa sup ubi Jepun itu. Tapi ia adalah kegemaran suami dan anak-anak. Sedap katanya!

Nasinya terasa sangat sedap. Rasanya faktor beras yang digunakan. Beras Jepun. Lembut dan wangi.

Beef dan salmon tu sangat juicy. Basah. Sesetengah tempat, makanannya sangat kering. Dah la kering, kurang pula rencahnya. Kikiki.



Nampak Adam makan? Penuh berselera. Samalah dengan si kecil Aleesya. Siap menjerit kalau lambat di suapkan. Padahal, dia dah makan macam-macam tau! Saya dan suami kena la makan satu set seorang. Ia sangat mengenyangkan. Anak-anak akan berkongsi. Kebiasaannya, nasi dan lauk anak-anak tetap akan berbaki. Kikiki. Maaf la. Mama nak tolong habiskan, memang tak larat dah. Sudahnya, papa juga yang akan habiskan.

Makanan begini sedap jika di minum bersama kopi. Kopi ais yang kaw ada dijual di kaunter minuman. 

Setakat banyak kedai yang telah dicuba, teppanyaki di Food Junction Mid Valley adalah yang terbaik! Yummeh!!!

1 comment:

  1. saya pun baru mencuba teppnyaki salmon di mines woderland.nasi jepun memang lain macam sikit.dia bagi sikit je.tapi sangat mengenyangkan

    http://kucenmaster.blogspot.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...