777

Egg Benedict Sedap


Ini memang la menu breakfast yang mengenyangkan. Kenyang! Memang sarapan tinggi protein! Mana taknya, telur dua biji, beef bacon, dan roti gandum penuh. Kenyang dan menyihatkan!



Nampak tak kuning telur yang meleleh tu? Wahhh.... terliur kan? Sedap sangat!

Sesekali melayan tekak dengan menu western sangat-sangat menggembirakan! Benarlah kata pepatah,

gendang dendut tali kecapi,
kenyang perut suka hati!

Walaupun makan di restoran, saya share kan resepi ye. Resepinya saya ikut yang masterchef session dulu. Lupa dah session mana :)

Bahan-bahannya :
Telur ayam
Cuka
Air

Caranya :
  1. Panaskan air di dalam kuali hingga mendidih.
  2. Masukkan sedikit cuka.
  3. Putar tengah kuali dengan pemukul telur.
  4. Pecahkan telur ke dalam bekas.
  5. Masukkan telur ke dalam kuali perlahan-lahan.
  6. Matikan api dapur.
  7. Biar 4 minit, angkat!


Senang aje kan! Yang pentingnya... kuning telur mestilah masih cair. Lepas tu, ikut suka la nak makan dan hias dengan apa. Kat kedai ni, menu ni dipanggil egg benedict. Tapi world wide, namanya posh egg!

Selamat mencuba!

Saya dah try! Cabarannya memang pada kuning telur. Kalau kuning telur tu masak, maknanya fail! Sila cuba lagi.

Sedap!

2 comments:

  1. Wah mkn high protein time sahur kenyang lama ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...