Pages - Menu

Resepi Halia Madu


Bahan-bahan :
4 potong nanas
2 cm halia ( buang kulit )
1 sudu kecil madu


Caranya :
  1. Kisar nanas bersama halia. Campurkan dengan madu.
  2. Siap :)

Source : SajiOnline

Khasiat Kurma

Bulan Ramadhan menjelang tiba. Di bawah dikongsikan sedikit berkenaan kurma. Source : sudah lupa....

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

Resepi Macaron Martha Stewart


Teringin juga nak buat macaron sendiri. Sedapnya!!! Tercari-cari resepi yang mudah dan senang. Resepi di bawah ini adalah diceduk terus dari sini. Belum dicuba ya. Jika ada yang rajin mencuba, sila lah komen. Untuk panduan bersama.

Ingredients

  • 1 1/4 cups confectioners' sugar
  • 1 1/2 cups (4 ounces) sliced almonds, finely ground, or almond flour
  • All-purpose flour, for dipping
  • 3 large egg whites
  • Pinch of salt
  • 1/4 cup granulated sugar
  • 1/4 teaspoon pure vanilla extract
  • 1/2 recipe Swiss Meringue Buttercream

Directions

  1. Preheat oven to 300 degrees. Sift confectioners' sugar into a bowl. Whisk in almonds; set aside. Line 2 baking sheets with parchment paper or nonstick baking mats (such as Silpats), and mark circles using a 1 1/2-inch cutter dipped in flour.
  2. Put egg whites in the bowl of an electric mixer fitted with the whisk attachment. Beat on medium speed until foamy, then beat in salt. Beat in granulated sugar, 1 teaspoon at a time, until medium-soft peaks form. Transfer mixture to a large bowl.
  3. Using a rubber spatula, fold half the almond mixture into the egg white mixture until just incorporated. Fold in vanilla and remaining almond mixture until just incorporated. Firmly tap bottom of bowl on counter to eliminate air pockets.
  4. Transfer mixture to a pastry bag fitted with a 1/2-inch plain tip (such as Ateco #806). Pipe mixture into marked circles on prepared baking sheets. Bake, rotating sheets halfway through, until macaroons are slightly firm and can be gently lifted off parchment (bottoms will be dry), 20 to 25 minutes. Let cool on sheets 5 minutes. Transfer macaroons on parchment to a wire rack; let cool completely.
  5. Spread 2 teaspoons buttercream on flat sides of half the macaroons, then sandwich with remaining halves, keeping flat sides together. Refrigerate until firm, about 20 minutes, before serving.

Resepi Rendang Ayam


Bahan-bahan :

Seekor ayam
1 biji bawang besar - dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
10 tangkai cili kering - ikut kepedasan. Boleh campur dengan cili padi - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 inci lengkuas - dikisar
1/2 inci kunyit hidup - dikisar
2 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit - hiris halus
santan pekat - ikut tahap kepekatan. Boleh campur kerisik jika suka
garam secukup rasa

Caranya :
  1. Perap ayam bersama bahan kisar dan serai.
  2. masukkan ayam ke dalam kuali.
  3. Masukkan santan dan air dan masak hingga mendidih.
  4. Setelah naik minyak, masukkan daun kunyit dan sesuaikan rasa dengan garam.
  5. Siap :)

Resepi Daging Bakar Marvellous


Bahan-bahan :
Sebuku daging - local baru sedap, segar.
Sedikit halia - ditumbuk
Garam

Caranya :
  1. Perap daging bersama halia dan sedikit garam.
  2. Grill hingga masak - masak sahaja, jangan garing.
  3. Setelah masak, hiris daging mengikut saiz yang dikehendaki.
  4. Hidangkan bersama sos chili dan kicap.
  5. Sedap :)

Resepi Salad Terung


Bahan-bahan :
Terung panjang
2 sudu besar udang kering/ikan bilis
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 labu bawang merah - ditumbuk 
Sedikit cili padi - ditumbuk. Bergantung tahap kepedasan
Setengah biji limau nipis - ambil jusnya
Secubit gula
Sesudu sos ikan


Caranya :
  1. Belah dua terung. Rebus atau grill. Ketepikan.
  2. Goreng udang kering / ikan bilis. Tumbuk. Ketepikan. 
  3. Campurkan bahan tumbuk, sos ikan, jus limau nipis dan gula.
  4. Letak bahan-bahan ke atas terung dan hidangkan.

Resepi Speghatti Bolognese


Bahan-bahan :
 
Sepeket speghatti
Sebatang carrot – di potong dadu
400gm daging cincang
Seulas bawang putih – dicincang
Selabu bawang india – dicincang
Sepeket white button – ganti dengan cendawan butang dalam tin –  di hiris halus
Olive oil
2 sudu butter
200 ml susu segar
2 biji tomato ranum – di potong dadu
1 tin tomato puree

Caranya :
  1. Didihkan air. Masukkan garam, speghatti dan sesudu olive oil.
  2. Setelah speghatti lembut, angkat dan toskan.
  3. Masukkan sedikit olive oil dan butter ke dalam periuk.
  4. Masukkan bawang putih dan bawang india. Tunggu bawang layu.
  5. Masukkan daging cincang. Tunggu masak dan kuning ( masak, bukan garing ).
  6. Masukkan susu segar.
  7. Bila susu segar hampir kering, masukkan carrot, mushroom dan tomato segar.
  8. Masukkan tomato puree dan 3 cawan air.
  9. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat.
Hidang bersama cheeze.

Resepi Sambal Kerang


Bahan - bahan :
Kerang rebus yang telah dikopek
1 labu bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
Sedikit air asam jawa
10 biji lada kering - dikisar. Lebih / kurangkan ikut kepedasan sambal
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Caranya :
  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering. Goreng hingga sedikit garing.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  4. Masak hingga pekat.
  5. Masukkan kerang.
  6. Tambah air jika tidak mahu sambal terlalu kering

Resepi Nasi Lemak Puyuh


Nasi lemak  

Bahan-bahan :

1 cawan beras
1 cawan santan - selalunya saya kurangkan supaya kurang lemak
3 cawan air - sukatan air bergantung kepada jenis beras ye kawan-kawan
sedikit halia - dihiris
2 ulas bawang merah - ditumbuk
daun pandan
garam

Caranya :
  1. Basuh beras.
  2. Campurkan semua bahan di atas.
  3. Masak dalam rice cooker.

Puyuh Goreng 
  1. Potong burung puyuh mengikut saiz yang dikehendaki
  2. Perap bersama garam dan kunyit.
  3. Goreng garing.

Sambal Telur

Bahan-bahan :
4 biji telur ayam - direbus masak
10 tangkai cili kering - tambah jika nak pedas - dikisar
1 labu bawang besar - dipotong membulat
4 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Caranya :
  1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa.
  3. Masukkan telur rebus yang telah dikupas.
  4. Kacau rata.
  5. Masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
  6. Siap :)
Hidangkan bersama timun, salad dan telur rebus.