Pages - Menu

Resepi Labu Masak Lemak Kuning

Labu masak lemak. Simple dan sedap. Matchingkan pulak dengan ayam goreng berempah dan ikan pekasam, pasti kick! Tapi, labu masak lemak ini kosong sahaja. Jika ada bayam atau pucuk ubi sikit di dalamnya, lagi sedap! Tapi, berhati-hatilah bagi yang tak tahan. Gabungan labu dan pucuk ubi sangat lah berangin.



Menu yang senang macam ni, kalau kena gabungan lauknya, makan pula dengan nasi panas, rasanya bertambah-tambah la... Tengok pulak yang dimasak ni, tak sesuai untuk kesihatan - sengaja masak santan pekat. Heheh.. sesekali apa salahnya :)

La... ingatkan ada resepi ayam goreng dalam ni, tak de rupanya. 

Bahannya :
1/4 biji labu - keluarga kecil
2 labu bawang besar - blender
segenggam ikan bilis - blender
sedikit serbuk kunyit - untuk warna kuning
sedikit santan - ikut nak pekat mana
Seulas lada - blender
Air
Garam
Sedikit lada hitam

Caranya :
  1. Rebus semua bahan.
  2. Setelah labu empuk, masukkan serbuk kunyit, garam dan santan.
  3. Tunggu mendidih, angkat dan sedia dihidangkan.

Resepi Sup Ekor

Resepi sup ekor yang sangat simple. Ringkas sahaja untuk memasaknya, dan sedap! Sangat sesuai untuk mereka yang sedang mengalami peningkatan berat badan. Heee... kiranya, sesuailah untuk mereka yang sedang berdiet. Mungkin juga tidak sesuai kerana mempunyai lemak yang banyak. Sesungguhnya, lemak itulah yang menyedapkan sup ini. Kalau nak panggil sup rebus pun boleh kot. Sebab tiada menggunakan rempah sup. Air sahaja. Sesekali menukar selera kepada sesuatu yang cair dan light.



Bahan-bahannya :
500 gm ekor
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Sedikit ketumbar - tumbuk kasar
Daun ketumbar
Celeri
Bawang goreng secukupnya
Garam 
Air
Minyak untuk menumis
1 inci halia
1/2 sudu lada hitam - tumbuk kasar
4 biji cili padi - ketuk
Sedikit perahan lemon / limau
Cendawan tiram

Caranya :
  1. Tumis bawang, halia hingga wangi.
  2. Masukkankan ketumbar tumbuk.
  3. Masukkan ekor. Kecilkan api, biar ekor seketika.
  4. Masukkan sedikit air. Biarkan air mendidih dan tersejat sedikit.
  5. Masukkan air secukupnya.
  6. Rebus sehingga ekor lembut. Jika air mengering, tambah lagi air secukupnya.
  7. Masukkan lada putih yang telah ditumbuk kasar.
  8. MAsukkan cili padi -- jika hendak pedas.
  9. Setelah ekor empuk, masukkan garam secukupnya.
  10. MAsukkan celeri dan cendawan tiram.
  11. Perahkan sedikit lemon / limau. 
  12. Tutup api.
  13. Taburkan sedikit daun ketumbar dan bawang goreng.
  14. Siap :)

Resepi Ikan Pekasam


Menu ni, rasanya macam dah ada. Simple dan senang sahaja memasaknya, tapi, memang mampu memikat selera. Sedap! Kalau masak di hujung minggu, memang inilah side dish kami. Kadang-kadang sahaja menu ini muncul di hari bekerja ( malam ). Sebab? Nanti, kami makan nasi bertambah-tambah :)




Bahan-bahannya :
Ikan pekasam
Selabu bawang besar
2 biji lada hijau -- guna cili kering pun sedap
Sehiris lemon

Caranya :
  1. Ikan pekasam digoreng garing.
  2. Ketepikan, goreng bawang besar dan lada yang telah dihiris.
  3. Agak-agak garing, angkat.
  4. Perahkan lemon di atas ikan sebelum di makan.

Simple tapi sedap! Ikan rasa masin-masin dan masam-masam. Tak perlu menu yang susah, namun, berselera memakannya :)