Pages - Menu

Resepi Labu Masak Lemak Kuning

Labu masak lemak. Simple dan sedap. Matchingkan pulak dengan ayam goreng berempah dan ikan pekasam, pasti kick! Tapi, labu masak lemak ini kosong sahaja. Jika ada bayam atau pucuk ubi sikit di dalamnya, lagi sedap! Tapi, berhati-hatilah bagi yang tak tahan. Gabungan labu dan pucuk ubi sangat lah berangin.



Menu yang senang macam ni, kalau kena gabungan lauknya, makan pula dengan nasi panas, rasanya bertambah-tambah la... Tengok pulak yang dimasak ni, tak sesuai untuk kesihatan - sengaja masak santan pekat. Heheh.. sesekali apa salahnya :)

La... ingatkan ada resepi ayam goreng dalam ni, tak de rupanya. 

Bahannya :
1/4 biji labu - keluarga kecil
2 labu bawang besar - blender
segenggam ikan bilis - blender
sedikit serbuk kunyit - untuk warna kuning
sedikit santan - ikut nak pekat mana
Seulas lada - blender
Air
Garam
Sedikit lada hitam

Caranya :
  1. Rebus semua bahan.
  2. Setelah labu empuk, masukkan serbuk kunyit, garam dan santan.
  3. Tunggu mendidih, angkat dan sedia dihidangkan.

3 comments:

  1. Sedapnya, baru tengok gambarnya dah meleleh air liur!!

    ReplyDelete
  2. sedapnya tgk..hehe lh cuba ni..ayu follow sini;-)

    ReplyDelete
  3. sye sdg mencuba.hrp2 smua brjln lancar.hehe

    ReplyDelete