Pages - Menu

Resepi Donut Sedap

Projek breakfast ke 2... Sebab, anak bujang yang comel nak makan donut pulak  :D
Terpaksa diikutkan. Kalau tidak, berlapar la si cilik itu.


Bahan-bahannya :


1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil dry instant yis - saya pakai mauripan
secubit garam
sesudu susu - susu segar / susu tepung / susu pekat - untuk lembutkan doh
sebiji telur
1/5 cawan butter 
minyak untuk menggoreng
sedikit air suam - saya pakai air paip :)
*kalau nak rasa lemak manis, letak gula sedikit - saya tak letak sebab nanti kita akan tabur gula juga


Cara Penyediaannya :
  1. bancuh garam dalam air.
  2. Satukan tepung, yis, butter dan susu.
  3. Masukkan telur. 
  4. Uli lembut. Ketepikan hingga doh naik 2 kali ganda.
  5. Uli lembut dan bentukkan donut.
  6. Tunggu hingga donut naik cantik.
  7. Goreng.
Sedia dimakan.


p/s : ada 3 ketul yang saya buat bulat saja. Letak choc dalamnya. Sedap! Makan sorang-sorang. Next time buat untuk si kecil =D

10 comments:

  1. laaa. tak jd respi rhsia la! haha thx nway

    ReplyDelete
  2. @anym dan dunia : janji yang 3 ketul ada filling choc tu, saya dapat bedal sengsorang2 :)

    ReplyDelete
  3. akak k-poh tak reti nak buat kuih2 ni..donat..karipap..semua tak reti...heee..

    ReplyDelete
  4. @kpah k-poh : saya baru nak belajar. selalu adik saya yang buat.

    ReplyDelete
  5. @khairul akmal azman : sedap :)

    ReplyDelete
  6. Banyak resepi kat sini ni... Huhuhu... Salute Chef Selera4U! huhuh

    ReplyDelete
  7. @sayanakhiburan : bukan chef, baru terhegeh-hegeh.... simpan resepi, mana yang senang saya cuba. yang susah2, kongsikan aje :)

    ReplyDelete
  8. wahh leh la try wat donat utk breakfast weekend ni :)

    ReplyDelete
  9. @apayangpanas : yeahhh!!!! jemput la kami datang menjamu selera :)

    ReplyDelete