Pages - Menu

Resepi Karipap Simple

Projek breakfast hari ini :)


Inti :
3 biji kentang - potong dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
Bilis di tumbuk kasar
Sedikit daging ayam dicincang


Rempah (ditumbuk) :
1/2 labu bawang besar
seulas bawang merah 
seulas bawang putih
sedikit halia
1 sudu besar serbuk kari - letak lebih, lebih sedap. 
sedikit jintan manis
sedikit kulit kayu manis
secubit garam 
sedikit gula
sedikit minyak
air


Doh karipap :


2 cawan tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan butter / marjerin
1 biji telur
sedikit air


Caranya :


Inti :

  1. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan bergumpal-gumpal.
  2. Masukkan sedikit air.
  3. Masukkan daging ayam cincang dan bilis tumbuk.
  4. Setelah hampir masak, masukkan kentang dan bawang, 
  5. Kacau dan tunggu hingga masak.



Doh :

  1. Ayak tepung. Satukan dengan butter dan telur dengan lembut - guna hujung jari.
  2. Masukkan air yang telah dibancuh dengan garam.
  3. Bentukkan bulat-bulat - saiz karipap yang diinginkan. - senang, tak payah nak canaikan dan terap :)
  4. ketepikan.
  5. Setelah doh menjadi agak berminyak, canaikan dengan gelas.
  6. masukkan inti yang telah dibuat.
  7. kelim karipap comel-comel.
  8. Sedia untuk digoreng.

7 comments:

  1. Karipap memang kegemaran saya...terliur ni..he3x.

    ReplyDelete
  2. haha aritu wat karipap tak jadi T_t

    ReplyDelete
  3. @trickrex : xpe, cuba lagi. saya pun baru berjinak-jinak ke dapur. macam resepi muffin pisang tu, 3 kali buat dah. rasa sedap. cuma x la gebu mcm yg jual. saya masih mencuba. ahahaha.... sampai jemulah cik abang saya kena makan :)

    ReplyDelete
  4. kena bookmark blog nih nk try resepi karipap!!

    ReplyDelete
  5. @puanbee : ala.... karipap aje ke? ahahah

    ReplyDelete