Pages - Menu

Resepi Brownies Coklat


BAHAN A:
250 ml mentega
400 gm gula kastor

BAHAN B:
5 biji telur gred B

BAHAN C:
100 gm serbuk koko
400 gm tepung kek
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik

BAHAN D:
400 ml susu segar
100 ml krim putar UHT

CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul bahan A hingga kembang.
2. Masukkan bahan B sebiji demi sebiji, kemudian putar lagi.
3. Satukan bahan C. Kemudian satukan pula bahan D.
4. Masukkan bahan C dan bahan D berselang-seli. Putar sehingga sebati (sekejap sahaja).
5. Sapukan bekas alumunium dengan mentega dan lapikkan dengan kertas minyak.
6. Bakar selama sejam setengah atau sehingga masak pada suhu 180oC.

*Note : Selalu order brownies ngan member, x pernah buat sendiri. Kene cuba ni, coz ayak liuq doh meleleh dah ni
*Source : SajiOnline

Resepi Spegati Bolognaise Bersos Ayam



Bahan-bahan:
500 gm spageti
800 gm dada ayam - dicincang halus
400 gm bawang besar - dicincang halus
250 gm daun saderi - dicincang halus
80 ml minyak zaitun
400 gm pes tomato
50 gm tepung gandum
10 gm herba kering oregano
10 gm herba kering thyme
5 gm herba kering sage
10 gm herba kering rosemary
3 keping daun bay
600 ml air rebusan ayam
400 ml sos perang ayam
50 gm serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan:
1. Rebus spageti di dalam periuk. Masukkan sedikit mentega atau minyak untuk mengelakkan spageti meletkat. Bila spageti lembut, tuskan dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali dan masukkan isi ayam yang dicincang halus dan kacau hingga masak.
3. Di dalam periuk yang lain, panaskan minyak dan tumis bawang dan daun saderi sehingga naik bau. Masukkan daun bay dan herba-herba kering kemudian kacau hingga rata.
4. Masukkan tepung dan kacau lagi hingga sebati kemudian tuangkan air rebusan ayam, sos ayam perang, garam, serbuk lada sulah dan isi ayam yang sudah dimasak. Kacau hingga rata dan biarkan mendidih di atas api yang sederhana.

*Note : X try lagi pun. Tapi, kalo try nnti mmg modify sket la. 
Source : SajiOnline

Resepi Kuah Sate


Bahan-bahannya :
2 cawan kacang tanah
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering (boleh dikurangkan jika tidak suka terlalu pedas)
Air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
2 batang serai (diketuk)
sedikit gula merah 

Caranya :
1. Bawang merah, bawang putih, cili kering digoreng berasingan.
2. Kacang disangai, dibuang kulit dan di tumbuk kasar.
3. Kisar bahan yang digoreng tadi dgn sedikit air.
4. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
5. Masukkan air asam jawa, gula merah dan garam.
6. Setelah mendidih, bolehlah dimasukkan kacang tanah dan serai tadi.
7. Masak sehingga kuah tadi pekat sedikit.

Resepi Sate Ayam Dan Daging


 Source : Mr Google
resepi my MIL
*kalo sempat dan ingat, nnti amik pic sendiri. Daging sate sedang di perap

Bahan-bahannya :
40 gm daging ayam
40 gm daging lembu
5 gm lengkuas - dikisar
10 gm halia - dikisar
20 gm serai - dikisar
5 gm jintan manis - dikisar
5 gm jintan putih
20 gm gula
10 gm bawang merah
10 gm kunyit hidup - dikisar
5 gm garam - dikisar

Caranya :
Perapkan daging ayam/lembu dengan bahan yang telah dikisar selama satu malam. Cucukkan daging yang telah diperap dengan menggunakan lidi sate. Bakar di atas dapur sate hingga masak. 

Resepi Nasi Beriani Berempah Mudah


 Source : Mr Google

Bahan-bahan :
2 camca besar minyak sapi
1 camca teh jintan manis
1 biji bawang besar, dihiris
225 gm beras Basmathi, dibasuh dan sejat
1 camca besar rempah kari daging
350 ml air panas
4 cm kulit kayu manis
50 gm kismis
8 biji pelaga, diketuk
½ camca teh serbuk kunyit
50 gm kepingan badam

Cara :
Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumis jintan manis dan bawang besar hingga perang. Masukkan beras dan rempah. Kacau sebati. Masukkan air kulit kayu manis, kismis, pelaga dan serbuk kunyit. Masak di atas api sederhana hingga air beras kering. Tutup periuk dan perlahankan api. Biarka hingga nasi betul-betul masak. Apabila nasi masak hidangkan di dalam pinggan dan tabur kepingan badam.

*Note : X tau sedap ke tidak. Rasanya, kalo letak daging dalam nasi tu baru sedap kot. Makan ngan acar dan papadam. Slurppp..
Source : Mesra.net

Resepi Spegati Aglio Olio Cendawan

Bahan-bahan :

200 gm spageti
6-8 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
Beberapa keping cendawan kering - direndam hingga lembut
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil herba - parsli
1/2 sudu kecil lada hitam yang telah dikisar
2 biji cili kering - dibuang biji dan dipotong-potong (jika suka)
Garam secukup rasa

Caranya :

1. Didihkan air dan masukkan spageti. Apabila spageti masak (biasanya 8 hingga 10 minit, atau ikut spesifikasi di paket), tapis dan lalukan air ke atasnya agar spageti tidak terus memasak. Spageti seharus dimasak al dente kata orang Itali, maksudnya, tidak terlalu masak dan tidak pula mentah. Ketepikan.
2. Atas api sederhana, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga layu (jangan sampai garing). Masukkan cendawan (udang atau hirisan ayam), dan bahan-bahan lain. Kacau rata.
3. Akhir sekali, masukkan spageti dan gaul sebati.

*Note : Resepi ini mudah dan ringkas. Kalo time2 malas nak masak, tapi xnak beli, inilah resepi dia. Dah cuba dah. Memang sedap, senang dan cepat. Xyah pesan bubur McD.
Source : Sajionline

Resepi Botok-botok

 Bahan-bahannya :

3-4 keping ikan (apa2 ikan, tapi kalo nk sedap, ikan tenggiri)
1 senduk nasi rempah kari ikan
2 sudu besar kerisek
Asam jawa 
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 ½ inci halia
½ inci lengkuas
Serai
Pucuk kayu – pucuk ubi, pucuk betik, pucuk mengkudu, pucuk daun bunga teh, pucuk kaduk, pucuk buas-buas, pucuk semangkuk dan lain-lain Daun pisang untuk membungkus

Cara  :
1. Ikan dibersihkan dan tos
2. Rempah, kerisek dan bahan kisar, digaul sebati bersama asam jawa. Letak gula dan garam secukup rasa.
3. Layur daun pisang. Susunkan daun-daun ulam, letak rempah yg digaul tadi dan letak sepotong ikan, letak rempah kari lagi, dan letak lagi daun-daun ulam. Bungkus kemas.
4. Buat hingga habis ikan dan daun. Kukus botok-botok selama 30 minit, keluarkan dan hidang dengan nasi. Sedap dimakan panas-panas. 
*Note : Resepi ni, selalu makan dulu. Setiap kali dia balik kg. Mak dia yang buat. Memang superb :)

Resepi Apam Kukus

Bahan - bahan :
10 ketul tapai ubi kayu [sederhana besar]
1 kampit tepung beras
2 cawan gula
6 gelas air
3 sudu teh yis
Sedikit garam
Kelapa parut [putih] secukupnya 

Caranya :
1. Ibu roti dibancuh dengan sedikita air suam dan perapkan hingga naik.
2. Tapai dilecek dengan gula sehingga hancur.
3. Campur tepung dengan air, tapai, ibu roti. Gaul hingga sebati.
4. Perap selama 3 jam atau sehingga naik. Kemudian masukkan kedalam acuan kecil berbentuk bulat dan bersegi dan dikukus sehingga masak.
5. Hidangkan apam bersama kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam.
*Note : Sedap nih...
Source : citarasaramai 

Resepi Kuih Keladi Udang Kering

Bahan A:
(Dibancuh rata)
100 gm tepung beras
420 gm ml air

Bahan B:
450 gm keladi - potong dadu
5 ulas bawang merah - hiris
1 cawan udang kering - dicincang
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada sulah
1/2 kecil serbuk rempah lima
3-4 sudu besar minyak masak
300 ml air untuk merebus keladi

Bahan hiasan:
Bawang goreng, daun bawang, udang kering dan cili merah

Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang hiris hingga kuning, alihkan ke pinggan untuk dijadikan bahan tabur. Tumiskan udang kering hingga masak, angkat.
2. Gunakan minyak yang masih tinggal untuk menggoreng keladi, masukkan juga lada sulah, garam dan rempah lima. Balikkan sebentar dan tuangkan air. Biarkan sehingga semua air meresap.
3. Sediakan kukusan, satukan campuran keladi dengan bahan A, masukkan juga separuh daripada udang kering goreng (separuh lagi jadikan bahan hiasan) gaul rata tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 40 minit.
4. Setelah kuih keladi masak, keluarkan dari kukusan dan sejukkan. Bolehlah ditaburkan hirisan daun bawang, cili merah,bawang goreng dan udang kering goreng.
5. Hidangkan bersama sambal dan sos manis.

*Note : Lom cuba lagi...
Source : Sajionline.com

Resepi Kerapu Masak Cuka

Bahan-bahan :
600 gm ikan kerapu
2 sudu besar cuka
2 sudu kecil minyak
20 gm cendawan kering - direndam dan dihiris halus
3 batang sawi
5 cm halia - dihiris nipis
1 sudu kecil tepung jagung
Garam secukup rasa

Cara :
1. Ikan dibersihkan kemudian dikelar-kelar isinya.
2. Tumis hirisan halia sebentar saja, kemudian masukkan cendawan, cuka garam, 1 1/2 cawan air dan masak sambil dikacau hingga rata.
3. Masukkan ikan dan biarkan masak.
4. Bancuh tepung jagung dengan 1/2 cawan air kemudian tuang ke dalam kuah ikan. Balik-balikkan dan kacau hingga rata.
5. Masukkan sawi dan angkat setelah sawi layu sedikit. Hidangkan panas-panas.

*Note : Cuka tu, boleh diganti dengan lemon. Sedap tau....
 Source : sajionline.com