Bahan-bahannya :
5 ekor sotong - dibelah 2, dibersihkan & dikelar
1 batang lobak merah - dipotong nipis
1 biji lada benggala hijau - didadu
1 kelopak seleri - dipotong nipis
1 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar sos tiram
1/4 cawan air
3 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Caranya :
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar.
- Masukkan lobak merah.
- Masukkan sotong dan air. Biar hingga sotong masak.
- Masukkan seleri, lada benggala, garam, gula dan sos tiram.
- Masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Tips masak sotong : Sekejap sahaja. Jika sotong dimasak lama di atas api, sotong akan jadi liat seperti plastik.
No comments:
Post a Comment